Saturday, January 3, 2009

HARTA ADALAH PINJAMAN

Cukup 3 tahun aku berkhidmat dapat lah surat pengesahan jawatan…. Tp aku biasa lah dapat lambat surat….Rupanya tahun 2002 lagi aku dah sah dalam jawatan. Biasanya guru2 yang dapat surat nie tak ada lain le…..sibuk nak buat kuar duit KWSP….Maklum lah dah masuk skim pencen….Aku antara salah seorang tu…. Yang tak sabar2 nak buat kuar duit tu…..pada hal bukan banyak sangat pun….

Tahun 2003..aku buat kuar duit tu….Sebahagian duit tu…aku gunakan untuk bayar duit muka motor orang tua kat kampung. Bila duit dah ada tu…..faham2 je lah….panjang lah akal…nak buat itu…nak buat ini….Nasib baik lah duit tu… tak disalah gunakan….Aku mula berkira2 untuk membeli umah….rumah murah pun jadi lah….Bukan apa duduk KL nie…kalau menyewa bukan senang…Baru je selesa….kan tuan umah nak naik sewa lah…. Nak duduk sendiri lah….

Kalau beritahu awal tu…ok jugak….sempat le…nak cari buget…nak cari umah lain…..Kerana tu…lah..Jadi duit yang ada tu…aku tokok2 mana yang ada…aku pun beli lah umah kos rendah di Seri Kembangan….tingkat 5. Kononnya duduk tempat tinggi tak ada gangguan…..dah settle urusan jual beli….aku pun mula lah pasang grill untuk keselamatan. Pasang grill nie pun ada ceta….tapi tak pe lah….malas nak kenang sangat….dia dah susahkan kita …tak senang jugak ….

Mula tahun 2004 akak aku tinggal di umah tu…sampai lah penghujung tahun 2006. Dia pindah sebab umah dia dah siap..Abang ipar aku beli umah di Cheras Utama…Mula lah ..adik aku pulak duduk kat umah tu…..lama jugak lah dia tinggal kat situ….Awal tahun 2008….dia beli umah…setentang dengan umah aku…So pindah lagi…penyewa tak rasmi nie….

Kebetulan pulak…sepupu aku yang keja di Penang nak keja di KL…so terus je menyewa kat situ….Untung betul penyewa aku nie….Semua kelengkapan umah dah ada….Cuci kaki masuk. Daripada dapur sampai ke bilik tak perlu beli…. Peti sejuk, dapur, pinggan mangkuk, tv, katil kelamin,katil bujang…..mesin basuh…puh…untung…untung….
Umah tu…baru aku buat pengubahsuaian sebelum dia masuk….awal tahun ari tu…Aku pasang jubin satu umah…siap pecah bilik air….dan setiap bilik aku wayaring baru untuk pasang kipas…memang cukup selesa….dengan sewa pulak dikurangkan 33% daripada orang lain…..bukan apa nie lah masanya nak bantu saudara dekat….

Apa yang penting bagi aku….bila aku buat sesuatu tu…biar orang suka...bila orang gembira…aku pun turut sama gembira….Jangan risau kita tolong orang tak kan..rugi…Sedikit kita kuarkan duit untuk kebaikan….berlipat ganda lagi kita akan dapat…Percaya lah….aku dah alami sendiri…..Doa orang2 yang hampir dengan kita tu adalah rezeki…..

“ Ingat apa yang kita ada hari ini….bukan hak milik kita…kita hanya dipinjamkan sementara saja….bila2 masa Dia nak..Dia akan ambil…tanpa boleh ditunda walaupun sesaat”

0 ulasan: