Sunday, February 1, 2009

LELAKI OH LELAKI

Hari ini...aku menjadi seorang guru kerana seorang lelaki.
Seorang lelaki yang banyak memberi semangat dan dorongan tanpa mengenal erti jemu....Bermula daripada sekolah menengah hinggalah aku berjaya menamatkan pengajian di maktab....Kata2 daripada seorang lelaki yang mulia ini cukup menusuk ke kalbuku....Kata2 yang lahir dari seorang lelaki yang ikhlas sangat memberi kesan kepada aku.....terima kasih saja yang mampu aku ucapkan....

Hari ini...hidup aku...(hanya orang2 yang mengenali aku yang tahu...) Kita boleh tipu seribu orang tetapi tidak mampu untuk menipu diri sendiri.
Seorang lelaki, yang aku kira tidak mempunyai perasaan dan hanya mementingkan diri sendiri. Mungkin hari ini dia boleh buat pada aku....dan tak mustahil suatu hari nanti orang lain juga boleh buat pada keluarganya....Bukan mendoakan...tp itulah hakikat kehidupan....Cukuplah sepuluh tahun kau buat aku menderita...belajarlah bertimbang rasa. Jangan mensiakan usia dengan sebuah penantian yang belum pasti....

Hari ini.....kerana lelaki aku jadi keliru...
Keliru dengan kejujuran seorang yang bergelar lelaki....Kau pergi dengan alasan yang tidak masuk akal. Hadirmu dengan seribu satu persoalan. Kau buat aku jadi keliru...keliru dalam menilai kejujuran seorang sahabat yang bergelar lelaki.

Lelaki oh lelaki.......

2 ulasan:

su said...

pelik dengan perangai lelaki..??? begitu juga lelaki pelik dengan perangai perempuan. rasanya jantina tidak memainkan peranan atas persoalan kepelikan ni. yang memainkan peranan kepelikan dan kejanggalan adalah individu itu sendiri kerana lelaki ada yg berkualiti dan ada yg tidak. diorang pun ada gred jugak macam periksalah.lelaki gred A, B, C, D dan E.huhuhu cam gitu perempuan pun ada gred lah ni. bergantung pada kita nak letak gred pada diri sendiri tetapi yg menilainya org lain. kita berhak tentukan gred seseorang tetapi yang tahu mestilah empunya badan.harapan su agar kak farid berjumpa dengan lelaki yang sebaik akak.jangan kejar masa...tetapi siapalah su nak halang akak jgn kejar masa..hmm apa apapun keputusan kak farid kirenye kak farid yang lebih arif. hmm andainya kehadirannya membawa seribu persoalan, rungkailah simpulan persoalan itu..andainya si dia telah meninggalkan kita tanpa persoalan biarlah ia berlalu..yang penting perkara yang sedang dan akan berlaku.APA AKU MERAPU DAAA...baru lepas sekolah ni..maklumlah saja try internet berfungsi ke tidak

eeeda said...

Su,yang mengalami akan merasainya. Bertapa siksanya jiwa ini.