Jika ingin berjaya, kita perlu banyak bersabar dan terus berusaha tidak kira apa bidang yang diceburi. Kalau fikirkan penat, semua kerja penat... tak ada kerja yang tak penat.
Hasil daripada usaha dan kesabaran aku bersama dengan rakan kongsi selama ini... hampir membuahkan hasil. Sebelum ini aku pernah menulis mengenai kebun yang kami usahakan terbakar pada bulan 4 yang lalu....
Seandainya ketika itu kami berputus asa... tinggalkan kebun berkenaan... adakah hasilnya seperti di bawah... sudah pasti tak kan... Pokok sawit berkenaan telah dibaja sebanyak 3 kali pada tahun ini. Kali pertama kami menggunakan baja Biotech Compound... 3 bulan berikutnya kami gunakan baja MPOB F4 dan 3 bulan seterusnya kami menggunakan baja Sebatian NPK (8:8:20) MBI untuk buah.
Walaupun aku mempunyai kerjaya tetap... kerja kebun langsung tidak menggangu tugas rasmi aku... ini kerana aku hanya meluangkan masa pada waktu cuti dan ketika pulang ke kampung di hujung kampung. Tapi ini tidak bermakna aku tidak ambil tahu tentang urusan kebun... kecanggihan teknologi hari ini memudahkan pengurusan... semuanya di hujung jari.
Fasa pertama telah mengeluarkan hasil.
Fasa kedua sedang dalam proses pembersihakan tapak projek. Tapaknya bersebelahkan dengan kawasan yang telah diusahakan. Sekarang sedang membuat servey anak benih sawit... jika tiada masalah dalam bulan 5 nanti akan mula ditanam. Aku bercadang untuk mendapatkan benih dari Research Sg. Tekam... jika tiada stok... altenatifnya boleh dapatkan bekalan anak benih daripada pihak lain.
Sebelum ini, kita sentiasa beranggapkan bidang pertanian hanya diceburi oleh kaum lelaki... tapi hari ini, kaum wanita pun mampu ceburi bidang pertanian. Rakan kongsi aku... ialah adik aku sendiri... juga seorang perempuan... kami sama-sama turun padang dalam usaha memajukan bidang pertanian yang kami ceburi. Doakan kami semoga berjaya dan menjadi contoh kepada kaum wanita yang lain.
2 ulasan:
Assalamualaikum,, Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini. Kami dari 7lines Holiday bukittinggi seperti siap membantu perjalanan tuan / puan yang hendak melawat ke padang/bukittinggi tanah minangkabau di tahun 2016 ini,,,, kami menyediakan Sewa kereta, Voucher Hotel, dan Pakej Tour, jika tuan / puan membutuhkan informasi silahkan hubungi kami Contact Person : Firmansyah Email : firman_7linesholiday@yahoo.com
Ofice : +62 752 32371
Mobile / whats app +62 823 90 797 959
Insyaallah tuan / puan akan senang dengan layanan kami
Sila kunjungi website kami
www.7linesholiday.com
7linesholiday.blogspot.com
Salam puan..
Saya ada terbaca di entri ini yang menyatakan puan ada menggunakan baja MBI..
Boleh saya tahu akan keberkesanannya?..
Bukan apa, sebab saya cadang nak gunakan baja MBI di kebun saya..
Harganya agak murah berbanding baja2 yang lain & iannya keluaran bumiputera.
Buat masa nie saya masih tercari2 testimoni penggunaan baja MBI..
Malangnya masih belum jumpa..
Mohon respon pihakk puan.
Puan boleh email saya ahmadzaidi.ariffin@gmail.com
Tq..
Post a Comment