Friday, March 14, 2014

PERCUTIAN KE LANGKAWI

Percutian 3 hari 2 malam (28 Feb 2014 hingga 2 Mac 2014) ke Langkawi bersama rakan sekerja memang kenangan yang cukup menyeronokkan. Percutian kali nie memang santai. 

Tiket penerbangan aku booking bulan 5 tahun lepas. Masa tu aku tercari-cari destinasi yang boleh aku kunjungi walaupun bersendirian. So, aku rasa Langkawi lah tempatnya. Selamat dan memang tak akan sesat. Tetiba ada 2 orang kawan aku nak join. Kebetulan tiket murah masa tu... untuk perjalanan pergi balik baru RM120.

Percutian kali nie sempena dengan besday aku he he he...  yang Kak As pulak pe honey moon he he he he... Aina bawa family jalan-jalan.
Aku tak tahu nak ceta apa... sebab tak banyak pun aktiviti yang kami lakukan... melainkan santai... makan-makan... shopping??? tak lah. Aku beli kuali kecik je pun... aku sumbat dalam beg baju je... dan mangkuk yang bertutup untuk isi lauk... 

Mungkin waktu kami pergi bukan time cuti...semuanya berjalan dengan lancar...  kami sewa kereta Nissan Sarena baru RM120 sehari... homestay di Pekan Kuah 3 bilik RM200.

Percutian budget kami seorang RM300.00
termasuk makan, penginapan, pengangkutan dan bagasi.


Bergambar di depan homstay yang kami menginap
Nak pergi shopping di Hj Ismail Group jalan kaki je... nak ge makan, jalan kaki je. Malam tu sempat kami ge pasar malam. Pekan kuah pun seronok jugak... setiap malam ada uptown.


Hujung minggu pun beratur panjang untuk naik kabel car... kalau time cuti sekolah tak tahu lah macam mana... tiket RM15 seorang. Kali ke-3 aku naik... tapi tetap jugak menggigil kepala lutut nie... mungkin faktor umur kot... padahal masa kanak-kanak riang... panjang pokok sampai ke hujung dahan... releks je.


First time kawan den nie bercuti berdua je... ditinggalnya semua anak-anak... baru betul-betul honey moon.


View yang sangat cantik... 


Aina bersama familynya... Aisy je yang tak gayat..


Menara tinjau... untuk melihat keindahan dari puncak.


Barang kaca terpaksa hand carry... ambil bagasi 60 kg... ingat kan cukup.. rupanya terpasa hand carry lagi berserta dengan barang kaca. Kalau rasa memang nak beli barang banyak... lebih baik ambil lebih bagasi. Walaupun selalu terbang... dalam keadaan tertentu kita terlupa perkara yang sepatutnya kita buat kan... selalunya terjadi, jika situasi kelam kabut.


Cuaca hari nie memang baik... sejuk je kat atas tu..


Next percutian kena tunggu lah... member sedang mengandung... walaupun mabuk, bab berjalan larat je pun he he he..

6 ulasan:

nohas said...

tak pernah naik cable car..gayatt..

eeeda said...

Akak 3 kali naik pun gayat jugak... asalnya tak nak naik.. tengok ibu mengandung naik... gagahkan jugak kakinya.

Unknown said...

Kak, nak no tepon kereta sewa. :)

eeeda said...

Patricia:
Kalau pergi dengan flight... di luar balai ketibaan byk agen yang menawarkan kereta sewa... pandai2 lah tawar untuk dapat harga yang murah... sama jugak penginapan... kecuali pergi tu time cuti sekolah memang kena booking awal.

Zufar said...

memang best bercuti di langkawi ni..
kalau nak murah bleh tengok sini http://cutimylangkawi.blogspot.com/

Unknown said...

Aku tak pernah ke Langkawi :(

Download film box office