Friday, December 17, 2010

DUIT BUKAN SEGALANYA

Kekawan mungkin pernah dengar ungkapan ini....

"Duit Bukan lah Segalanya"

Ungkapan nie pernah juga singgah ke telinga aku, ketika berdebat mengenai kewangan dengan kekawan. Kekadang tu, asalnya bersembang kosong mengenai duit.... akhirnya situasi menjadi tegang. Kita selalu terlupa, bukan semua orang suka bercerita mengenai kewangan.

Tambah-tambah lagi di kalangan mereka yang hangat dilamun cinta. Bila kita tegur, mulalah ingat kita nie dengki... sebab dia dah dapat pasangan. Buat apa nak dengki... lain lah kawin dengan jutawan ke... orang terkenal ke???.. lain lah ceta. Kita ingatkan ikhlas... tapi orang salah anggap. Biasalah buat baik orang jarang boleh terima.

Cinta itu buta...
Cinta tidak mengenal paras rupa...
Cinta tidak memandang harta benda...

Tu ayat sebelum kawin. Dah duduk sebumbung, tido sebantal... baru tahu langit tinggi atau rendah. Ayat orang tenggelam dilamun cinta je... bila tersedar... segala-segalanya nampak... mula lah menyesal... mula lah maki hamun yang berlegar-legar dalam rumah... sayang, cinta, rasa hormat terhadap pasangan semakin hilang...

'Kalau aku tahu tak berduit tak hinggin nak kawin dengan ko'
'Handsome pun tak guna, kalau duit tak ada'
'Dah tak ada sayangnya... kalau poket kosong... tambah lagi dengan hutang keliling pinggang'

Tapi kita terlupa, tanpa duit segalanya tak mungkin. Berdasarkan pengalaman kekawan yang mempunyai masalah kewangan... secara tidak langsung boleh mengundang masalah dalam keluarga. Muka tak usah ceta lah... memang tak ceria langsung.

Lain pulak dengan kawan aku yang sorang nie. Memang seorang lelaki yang berpandangan jauh dan belajar daripada pengalaman. Kesilapan semalam telah mematangkan dia. Bila kita berduit, semua orang suka. Bila poket kosong semua orang benci.

Aku puji lah kawan aku nie... aku tanya bila nak tukar keta baru... maklum lah gaji dah besar. Dia kata keta yang ada masih boleh guna. Buat apa nak tukar. Dia lebih berminat nak beli tanah dalam 10 ekar untuk tanam kelapa sawit. Aku memang sokong. Orang yang berpandangan jauh nie. Kalau sesetengah orang tu... pantang naik gaji sikit.... mula lah sibuk nak tukar kereta.

Kawan aku nie mengajar di kampung... so masa cuti tu... dia boleh lah buat kerja kebun. Di awal dia posting kat kampung dulu.... selalu call aku, mengadu tak seronok... boring tak ada apa nak buat kat kampung. Aku menyakin kan dia... kalau aku duduk kampung banyak benda aku boleh buat. Macam-macam projek. Paling tak pun bela kambing. Pasaran memang sentiasa ada. Tengok hari nie.. dia dah mula seronok tinggal kat kampung. Balik sekolah sempat lagi berkebun. Sekarang nie sibuk dengan projek ternak ikan kat kolam belakang rumahnya.

Jangan peningkan kepala dengan masalah kewangan....
Masalah tak akan selesai... jika kita tak berusaha...

Thursday, December 16, 2010

MY BOSS MASA KEJA PART TIME

Sudah agak lama aku tak mengikuti perkembangan mereka sekeluarga. Seingat aku last sekali jumpa masa mereka kahwin. Kak Ratna my boss masa keja part time kat Pizza Hut Kompleks Mutiara. Lama jugak aku kerja dengan dia. Masa tu, dia Restoran Manager (RM) dan suami dia keja part time sebagai rider. Bertemu jodoh di Kompleks Mutiara.

Banyak kenangan dan pengalaman yang aku peroleh masa kerja part time dulu. Masa nie lah aku dapat jumpa dengan pelbagai jenis rakan sekerja. Mereka nie terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Mereka yang kerja sebelah malam rata-ratanya secara part time. Waktu siang ada antara mereka nie kerja sebagai budak penghantar surat, budak pejabat, kerani, students dan macam-macam lah.

Biar punya seribu kawan...
Jangan ada satu pun lawan...

Monday, December 13, 2010

ESOK YANG BAKAL KU TEMPUH

Hari ini telah hampir melabuhkan tirainya. Hanya berbaki beberapa minit lagi untuk pertukaran tarikh dan hari. Ini bermakna kita perlu tinggalkan hari ini. Suka atau pun tidak, kita perlu redha ianya pergi.

Hari ini seawal jam 9.00 a.m aku keluar dari rumah untuk ke sekolah. Janji dengan boss aku (GPM) nak siapkan minit mesyuarat dan mengemaskini fail PSS. Sementara menunggu dia sampai... sempat lagi aku call my friend nie... siapa lagi kalau bukan Afis. Aku minta tolong dia tengokkan keta aku yang dok meragam je. Dah dua kali mati sesesuka hati... buat aku sakit hati je. Dek kerana sayang aku sabar dengan kerenahnya.

Pukul 12.00 p.m member nie memaklumkan alat ganti pukul 6.00 p.m baru ada. Lamanya. Apa aku nak buat lama tu. Member aku cikgu nie ajak lepak umah dia je... sementara menunggu keta siap direpair. Lepas je makan tengah hari... kami dok sembang-sembang kosong... tut tut tut... aku dapat mesej daripada kawan aku nie. Ajak bawak ronda-ronda anak dia. Layan je lah... member nie.

Tu lah, kalau lama je aku tak tengok anak dia mula lah.... sibuk. Kalau tak mms gambar anaknya, dia ajak aku kuar meronda dengan anak-anak. Tak tahu nak ke mana....aku bawak le pusing kat Manjalara. Ingat nak turun lah pusing kat taman. Hujan lah pulak. Tak ada rezeki.

Tutup Diari 13/12/2010
********** ********

Esok bakal aku tempuhi... penuh dengan program dari pagi sampai ke pagi esoknya. Esok aku perlu keluar awal untuk settle kan segala macam bil yang belum dijelaskan. Bil kad kreditnya, bayaran bulanan rumah, bayaran perlindungan insurans dan jika berkesempatan nak buat kad ATM yang termissing tu.

Lepas tu aku perlu bergerak ke Kampus OUM di KL untuk mengambil transkrip degree. Risau pulak sebab orang lain dah sibuk mengisi online. Dah dapat DG32 nie, tak perlu nak tunggu lagi. Isi je lah terus. Selesai satu kerja. Tinggal tunggu untuk temuduga lantikan je. Temuduga tu pun satu masalah gak.

Malam pulak aku ada tuisyen last untuk this year... sebab lepas tu anak murid aku nie akan pergi bercuti ke Hong Kong selama 2 minggu. Habis tuisyen pukul 10.30 p.m, aku perlu bergegas ke KLIA. Aku diamanahkan untuk menjemput kakak aku yang tiba di KLIA daripada menunaikan haji. Jadual ketibaannya pada pukul 11.50 p.m. Nak kuar tu.. ambil masa juga. So rasanya sempat. Dari Sg. Buloh ke KLIA lebih kurang sejam je.

Hari Rabu pagi, lepas solat Subuh aku akan hantar dia balik kampung. Pukul 5.00 p.m pulak aku ada janji temu dengan seseorang di Pekan Jerantut. Insya Allah sekiranya semua berjalan dengan lancar aku akan bertolak balik ke KL malam tu jugak. Sebab esoknya ada program yang tak dapat dielakkan.

Semalam telah pergi...
Hari ini muncul tanpa dinanti...

Esok belum pasti dapat melihat mentari...
Seperti hari-hari yang pernah dilalui...

Sunday, December 12, 2010

KECEWA MEMIKIRKAN NASIB YANG MENIMPA DIRI

Jangan lah terlalu kecewa dengan apa yang ditentukan untukmu.
Kekecewaan yang keterlaluan dibimbangi akan hilang pertimbangan.

Beberapa bulan lalu aku di hujani dengan pertanyaan
Kenapa???
Kenapa???
&
Kenapa??

Setiap pertanyaan pasti inginkan jawapan. Setiap pertanyaan yang diajukan membuatkan aku terpaksa berfikir diluar kotak pemikiranku yang biasa. Mungkin juga ini merupakan soalan kali pertama aku dengar daripada orang yang cukup kecewa.

"akak kenapa tuhan tidak adil, apa yang saya nak... tak pernah saya dapat"
(aku hanya mampu meminta dia banyakkan berdoakan semoga permintaannya diperkenankan oleh Tuhan Maha Esa)

"akak setiap kali lepas solat saya berdoa, tapi masih tak dapat apa yang saya nak"
(aku suruh dia terus berdoa. Aku menyakinkan dia bahawa tuhan malu pada umatnya yang meminta-minta sedangkan tidak diperkenankan permintaan tersebut.)

"akak kenapa tuhan selalu menguji saya. Saya penat lah akak. Lepas satu, satu masalah yang menimpa kepada saya"
(bersyukurlah kerana kita masih diuji. Itu tandanya tuhan masih sayangkan kita. Sebab tu lah tuhan uji kita, mungkin sebelum ini ada dosa yang pernah kita lakukan. Tuhan uji umatnya bersesuaian dengan kemampuan orang itu.)

"akak kenapa saya lambat dapat jodoh. Orang lain yang sebaya dengan saya semua dah kawin dan punya anak. Tapi saya, kenapa susah sangat nak dapat jodoh"
(ada hikmah tu, kenapa hang dapat jodoh lambat. Mungkin tuhan nak beri yang terbaik untuk hang. Bersangka baik lah dengan Tuhan.)

"akak saya rasa lebih baik mati je daripada macam nie"
(aku dah terkedu.. mendapat mesej nie. Kebetulan masa tu phone aku yang pakai line dah kena bar. Mengharapkan phone satu lagi... nasib baik guna nombor nie sms 1 sen je. Aku dah mula berfikir untuk mencari kata-kata yang boleh menaikkan semangatnya.)

Selepas dari ari tu...agak lama dia tidak mengadu masalah kepada aku. Aku anggap masalah tu dah selesai. Beberapa bulan kemudian, dia memberitahu yang dia telah bertemu dengan calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan dihati.

Masa perkenalan yang singkat melalui fb, dia telah mengambil keputusan untuk bertunang dan seterusnya menetapkan tarikh untuk berkahwin. Memang pada dasarnya aku membantah keras kerana belum kenal betul-betul hati lelaki berkenaan. Tapi dia cukup yakin dengan pilihan yang dibuat. Mungkin itu jodoh dia. Aku doakan semoga pilihan dia tepat.

Ketika sibuk membuat persiapan untuk majlis. Sekali lagi dia pening kepala. Aku lah tempat dia mengadu. Bermacam dugaan yang terpaksa dihadapi. Masa tu, tinggal tak sampai sebulan je lagi majlis akan berlangsung. Kad jemputan sudah ditempah, lembu dah dibeli, khemah telah dibooking dan macam-macam lagi lah persiapan yang dah dibuat.

Masa tu, dia baru tahu siapa sebenarnya lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya itu. Oleh sebab takut dek kerana malu, dia teruskan juga majlis berkenaan. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Walaupun semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh dia. Nasib baik ada pak cik yang sanggup memberi pinjaman. Bulanan potong je lah guna biro angkasa.

Balik dari bercuti di Bandung aku call untuk mengucapkan selamat pengantin baru. Itu pun sebab ternampak gambarnya di fb.. baru aku teringat nak call. Kedengaran suara ditalian langsung tak ceria... selalunya pengantin baru ceria semacam je. Aku malas nak tanya lebih-lebih. Tapi sempat lagi bergurau.

"Dah selamat ke?" he he he pertanyaan biasa untuk pengantin baru.

Bila dia cakap dah... aku dah lega. Maknanya dia dah boleh terima lah lelaki tu dalam hidupnya. Walaupun sebenarnya dihatinya ada orang lain yang lebih dia sayang. Tapi dia hanya bertepuk sebelah tangan. Bila suami dia nie menyatakan hasrat untuk melamarnya.. dia terus terima. Sebab dah kecewa dengan other guy tu.

Selepas beberapa minggu usia perkahwinannya. Aku dihujani dengan pelbagai persoalan. Mungkin time tu fikirannya kembali berserabut.

"akak kenapa tuhan tak temukan jodoh dengan lelaki yang saya suka"
(bersyukurlah hang dah bertemu jodoh. Berapa ramai orang kat luar nie yang masih belum kawin-kawin. Ada tu usia dah semakin meningkat.)

Termasuk yang cakap nie. Aku teringat kata-kata kawan aku nie. Pak cik dia pesan kalau berdoa untuk dipercepatkan jodoh tu.... kena spesifik dan jelas calon yang macam mana kita nak. Jangan berdoa dipercepatkan jodoh je. Ha... tu lah yang kita dapat jodoh je, tapi calon tak seperti yang diimpikan. Aku ingat lesson note je objektif yang ingin dicapai perlu spesifik dan jelas.

"tu lah kan. Takut fikir pasal nasib nie. Kadang-kadang tengok orang jahat dapat yang jauh lebih baik."
(Bersyukur lah dengan apa yang ditentukan. Tuhan tu maha kaya, Dia temukan jodoh mereka yang baik dengan yang liar tu supaya dapat membimbing ke pangkal jalan.)

Aku tak lah sesempurna Siti Kadijah untuk memberi nasihat. Ilmu hanya sejengkal mana bisa memberi nasihat kepada orang lain. Tapi atas dasar tanggungjawab untuk membantu rakan yang mempunyai masalah, aku beri jugalah kata-kata perangsang. Sekurang-kurangnya dapat mengubati hati yang lara.

Itu masa dia..... diuji dengan pelbagai dugaan. Time kita.... tak tahu lagi.

Aku teringat kata-kata seorang kawan nie. Hari ini akak telah menolong saya. Sedangkan aku sendiri pun tak tahu apa yang aku tolong. Rupanya aku telah membuatkan dia gelak ketawa... (dengan lawak aku yang tak seberapa tu). Sudah agak lama dia tak gelak ketawa kerana fikirannya dibebani dengan masalah. Usahkan ketawa, nak senyum pun tak mampu.

Luangkan masa muhasabah diri...
Agar kesilapan tidak diulangi...

Aku tak layak memberi nasihat...
Kerana sedar diri, tak lah hebat...

Coretan ini hanya lah pandangan peribadi...
Pembaca baca dan nilai lah sendiri...

Jika ianya memberi kebaikan...
Boleh lah diaplikasi dalam kehidupan...

Saturday, December 11, 2010

MENYINGKAP KENANGAN NAN LALU

Kenangan yang terindah akan sentiasa tersemat disanubari, apatah lagi jika kenangan itu diabadikan melalui rakaman bergambar. Kalau dalam memori je... kadang-kadang boleh makan ke virus jugak kan. Bila sesekali berpeluang membelek album lama sudah pasti akan mengingat kembali kenangan lama.

Pemilik gambar di atas merupakan teman yang paling rapat semasa belajar di MPRM, Seremban. Beberapa persamaan secara kebetulan yang telah merapatkan tali persahabatan kami.

Sama opsyen pengajian
Sama unit
Sama blok asrama
Sama bilik
Sama sekolah berpraktikum

Gambar di atas dirakamkan ketika my friend bersama dengan rakan-rakannya dari Johor bercuti di Kuala Lumpur pada tahun 2002. Aku ditugaskan sebagai tour guide sepanjang percutian mereka.

Tengok gambar lama... seronok je kan... time tu muka baby face... maklum le muda remaja. Bergambar bersama Kak Ila dan my friend Ami Norsaadah atau lebih mesra dengan panggilan ami. Sebenarnya, nie je gambar aku bersama dengannya yang masih ada dalam simpanan. Ke mana gambar yang lain??? dah selamat.

Antara tempat yang aku bawa depa nie melawat ialah ke Istana Negara. Bukan melawat apa pun... bergambar kat luar pintu Istana Negara je. Lepas tu ada lagi beberapa tempat yang lain. Selalunya member aku nie, nak datang dia akan maklumkan awal tempat yang ingin dikunjungi bagi memudahkan aku membuat servey jalan dan sebagainya. Bagus jugak kan... tak adalah aku terkial-kial mencarinya... dah le KL nie jem je memanjang. Tambah time cuti... lagi lah masak.

Bergambar semasa kenduri kahwin Rohiza di Felda Nitar2, Kluang. Jauh boleh tahan gak tempat nie. Kenduri kahwin member sekelas yang paling ramai kekawan sekelas datang. Seorang je tak datang, iaitu kak ila.

Tahun 2003 kami turun ke Tangkak, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan Kak Linda. Aku turun rumah ami di JB. Dari JB kami ke Batu Pahat ambil Dilla dan meneruskan perjalanan ke Tangkak. Aku pun dah lupa kenapa time nie ramai kekawan tak dapat datang. Masing-masing ada hal kot...

Tahun 2005 merupakan tahun last ami join kami untuk menghadiri kenduri kahwin kekawan. Menghadiri kenduri kahwin Kak Iza di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi. Time nie, aku turun dari KL singgah di Batu Pahat ambil Dilla, sebelum ke rumah ami di Skudai. Lepas tu baru lah ke Kota TInggi.

Perkahwinan kekawan yang lain memang dia langsung tak mau ambil tahu. Dia sakit hati dengan aku... dia bergaduh dengan aku... tapi kekawan lain pulak yang menjadi mangsanya. Tak pe lah, dia tak nak datang sudah... tapi aku kena datang.

Kahwin Kak Illa di Labis Segamat pada tahun 2004 kalau tak silap.
Kahwin Ilot di Bukit Kepong, Muar pada tahun 2007 nie pun tak pasti tarikhnya.
Kahwin Dilla di Batu Pahat, pada penghujung tahun 2007.

Semua kawan aku orang Johor ke???.. Ya. Rata-rata orang Johor. Tak hairan le kalau aku boleh mahir jalan kat Johor nie... sabab ramai kekawan masa belajar orang Johor. Kalau time raya turun Johor... memang satu Johor aku jelajahnya.

Start di Tangkak umah kak Inda, ke Bukit Kepong umah Ilot... lepas tu ke Labis umah kak Ila. Terus ke Batu Pahat Umah Dilla. Dari Batu Pahat ke Kluang umah Iza Kecik. Dari Kluang ke Mersing untuk ke Kota Tinggi umah Kak Iza Pendek dan turun ke Skudai umah ami. Nak balik kan senang... naik highway plus terus ke tol Sg. Besi bayar je RM42.

Teman sejati sentiasa diingati...
Walau pun dirimu jauh disisi...

Memori bersamamu tersemat dihati...
Untuk diingati di kala rindu menghimpit diri...

Walau pun hanya untuk sekali...
Harapan mengunung agar dapat diulang lagi...

Dirimu teman tetap ku hargai...
Biarpun diri ini pernah kau sakiti...

HADIRMU

Gambar hiasan

Suami, hadirmu perlu dihormati
Isteri, hadirmu perlu dihargai

Apabila ikatan telah termateri
Ada tanggungjawab perlu dipenuhi

Isteri bidadari bagi si suami
Bidadari perlu sentiasa di sisi

Maruah diri perlu diawasi
Agar tidak mudah dinodai

Kepada si suami, isteri bukan untuk disakiti
Apatah lagi untuk dikasari

Isteri adalah amanah, bukan hak milik peribadi
Peluang diberi untuk saling melengkapi

Andai terdapat ketidakpuasan hati
Cepat-cepat cari cara untuk mengatasi

Bukan senang untuk mengecapi kehidupan yang dihajati
Kesabaran yang tinggi, perlu untuk mengharungi

Perlu diingat dan perlu dihayati
Al-quran dan al-sunnah jangan dilupai

Agar kehidupan sentiasa diberkati
Bahagia di dunia, di akhir juga kekal abadi.

Friday, December 10, 2010

KOLEKSI MUG DEN

Koleksi mug untuk simpanan peribadi...
Bukan tujuan membangga diri...

Jika anda mempunyai hobi ini...
Rajin-rajin lah singgah ke sini...
Mungkin kita boleh kongsi apa yang diminati...

Diperbuat daripada kayu. Istimewanya mempunyai ukiran lengkok yang tersendiri. Mug ini dihasilkan menggunakan mesin khas.
Aku beli di Taman Mini Malaysia dengan harga RM7.50.
Aku kategeorikan Koleksi Mug Klasik.

Mug pertama aku yang memaparkan wajahku. Uniknya gambar di belakang aku nie Eye On Melaka. Mug ini sebagai kenangan yang aku pernah sampai di sini. Aku tempah 2 biji. Satu untuk simpanan my friend.
Untuk cetak nie hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Harganya RM29 sebiji.
Kategori Mug Tempat yang pernah aku kunjungi.


Mug dikategorikan tempat yang pernah aku kunjungi. Berharga RM5. Bersaiz kecil je.


Diperbuat daripada sejenis kayu yang tumbuh di kawasan pergunungan di Tengkuban Parahu. Urat kayunya memang semulajadi. Semakin dijemur semakin keras kayunya. Memang cantik. Kayu Kukur yang digunakan ini, selain cantik... ia juga dapat menghalau tikus di dalam rumah. Setakat mana kebenarannya kena tengok nanti. Kalau umah aku tak ada tikus... betul lah tu.
Harganya Rp. 50 000 (RM 19.42).
Aku kategorikan koleksi Mug Klasik.


Walaupun ini bukan dikategorikan sebagai mug... tapi aku telah kumpul sebagai salah satu jenis koleksi mug klasik yang diperbuat daripada bahan bukan seramik.

Empat biji mug yang bakal masuk senarai koleksi peribadi aku.