Saturday, September 15, 2018

PERCUTIAN KE PADANG BUKIT TINGGI


Percutian bajet selama 3 hari 2 malam dari 8-9 September 2018. Sebenarnya, ini kali keempat aku ke Bukit Tinggi, Indonesia. Orang akan tanya, kenapa pergi tempat sama. Kenapa tak pergi bercuti di tempat lain, yang belum pernah sampai.

Pertama aku akan jawab, bajet aku memang ciput. Tempat yang biasa, aku tak perlu nak pakai travel bagai. Aku pergi sendiri dengan bajet sendiri.

Kedua aku akan jawab, kadang-kadang kawan tak pernah ke luar negara. Dan teringin untuk pergi tempat yang pernah kita pergi. Apa salahnya kita tolong kawan, jadi juru pandu untuk dia.

Ketiga aku akan jawab, tempat nie memang sesuai untuk rehat-rehat, santai-santai dan makanan di sini memang sedap. Orangnya juga baik-baik serta cuaca yang nyaman.


Port untuk bergambar berlatar belakangkan pemandangan yang sangat cantik. Gayat giler duduk situ... mau taknya. Bawah tu cerun yang dalam.


Lubang Jepang nie dikenakan bayaran kepada pengunjungnya. Pelancong dan warga tempatan berbeza. Tapi masa aku beli tiket, dapat harga orang tempatan. Mungkin sebab aku cakap dah macam orang sana.

Ada sorang Mak Cik tu mati-mati ingat aku aslinya orang Indonesia.


Hari kedua kami ke Batu Sangkar. Sini orang mengambil peluang untuk bergambar di sekitar Istana Pagar Ruyung. Istana nie lebih kurang reka bentuknya dengan Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Bergambar di sini sebelum balik. 


Tasik Sengkara nie sayup mata memandang. Panjangnya 20km lebih. Tengok sekali ingat laut.


Air terjun nie terletak di tepi jalan laluan ke Bukit Tinggi. So, pelancong akan singgah untuk bergambar.

Aku cadangkan yang baru kali pertama nak pergi. Ambil flight pagi dan balik flight petang. Banyak sikit masa untuk berjalan. Kalau boleh pergi 4 hari 3 malam, baru puas hati.

Aku gerak pagi dari Pahang, terus ke KLIA2 dan parking kereta di situ. Bayaran dikenakan sebanyak RM116.00. Nasib kurang baik, flight deley 1 jam. Sampai dekat pukul 5 petang waktu Indonesia. Kami terus ke Bukit Tinggi, makan dan terus rehat di Hotel. Kami menginap di Hotel Grand Gallery. Hotel nie memang best. Dekat nak ke jam gadang, ke mall dan kawasan sekitar. Sarapan pagi pun sedap.

Masa balik, kami gerak pagi dari Bukit Tinggi untuk mengelakkan sangkut dalam kesesakkan jalan raya. Elakkan  waktu balik hari Isnin dan Rabu sebab ada pasar sayur di Pekan kecil jalan ke Padang. Situ kadang-kadang sangkutnya lama.

Bajet tiket = RM850 untuk 2 orang (time cuti)
Travel Insurans = RM120 untuk 2 orang
Kereta sewa = RM450 termasuk supir, minyak, parking.
Hotel Grand Gallery = RM240 untuk 2 malam
Makan sendiri tak kira pun habis berapa.

Kalau ada yang rasa-rasa nak bawa isteri tersayang bercuti di luar negara boleh lah bawa ke sini. Tak perlu risau akan keselamatan, memang orang di sini baik-baik.
Kos untuk 2 orang tak habis RM2k. Kalau pergi hari biasa, tiket tak sampat RM200  pergi balik. 


0 ulasan: