Pada 4 Ogos 2018 kami plan last minute trip jom ronda pulau yang tengah viral di FB... Tengok gambar yang mereka post memang cantik dan trip sehari kira berbaloi lah.
Dari Jerantut kami gerak ke Kuantan ambil adik angkat aku, dek La... dan terus gerak ke Mersing. Tiba dah agak lewat, kami singgah makan dan terus check in.
Kami lebih suka trip bajet ciput macam nie... sebab boleh gi banyak tempat... yang penting dapat rehatkan minda, di samping dapat melihat keindahan ciptaan Ilahi yang tiada tandingnya.
Kami menginap di Hotel Myra, semalam RM70... ok lah untuk rehat.
Trip ke Pulau dari pagi sampai petang siap makan tengah hari RM155 perkepala.
Perbelajaan kami seorang termasuk makan, tol, hotel, minyak dan trip tak sampai RM300. Percutian kami 3 hari 2 malam di Mersing.
Berminat boleh je contact Deila: 017-2770915 untuk tempahan dan keterangan lanjut.
Airnya memang jernih, dengan pasir yang putih bersih. Memang cantik. Tak perlu membazir duit untuk pergi bercuti di tempat yang jauh... Tempat dekatkan ada. |
Aku memang suka aktiviti mandi-manda laut nie... snorkeling memang aku tak reti dan takut nak masuk dalam air yang dalam... mesti nak kena cecah dasar baru boleh... kesimpulannya, mandi tepi pantai je lah... tu pun kena pakai life jacket.
Air terjun nie terletak di Pulau Tinggi... nak sampai ke tempat air terjun nie kena hiking jauh jugak lah... aku yang jarang-jarang hiking nie... terasa jugak lah kepenatannya. Tapi atas dasar ingin tahu tempat tu cantik ke tak... gigih jugak lah mendaki bukit tu. Sebab tak tahu bila lagi nak sampai ke sini.
Perjalanan menaiki bot boleh tahan jugak jauhnya... lebih kurang 40 minit. Sangat mencabar ketika laut berombak... aku memang dah standby dengan ubat tahan mabuk... nanti mabuk laut rugi tak boleh buat aktiviti.
Kami pergi berlima... sorang lelaki untuk jaga kami he he he... merangkap driver pergi dan balik. Kami berempat sebenarnya rakan sekerja... gengs cikgu-cikgu. Adik angkat aku tu biasalah... memang suka nak join aktiviti macam nie... selalunya aku ajak memang dia ikut.
Nie gengs trip Jom Ronda Pulau pada 4 Ogos seramai lebih kurang 50 orang... 5 bot kesemuanya.
Secara keseluruhan trip nie memang seronok dan enjoy sangat.
Orang yang bekerja, memang selalu stress... ada kalanya kita perlu rehatkan minda, hilangkan stress dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Hargai kehidupan, gunakan sedikit duit daripada gaji untuk reward diri sendiri.
Jangan lah kedekut sangat...
Jangan lah terlalu berkira...
2 ulasan:
Seronok tengok orang gi pulau..teringin gak nk snorkeling..
tapi nak mandi-manda dikhalayak ramai tu, segan sikit..
Boleh je mandi... pakai baju gelap...pakai life jacket tak nampak sgt susut tubuh. Seronok hilang stress.
Post a Comment