Thursday, March 31, 2011

LELAKI BERIYA-IYA BOLEH DIPERCAYAI KE???

Dunia hari ini penuh dengan warna-warna kehidupan... suka duka, kegembiraan, kesedihan, tangisan, ketawa... pastinya setiap orang pernah mengalaminya. Mereka yang mengalami akan lebih merasai kepahitan dan kemanisannya.

Lelaki yang beriya-iya nie boleh dipercayai ke????
Pernah rakan sekerja... nasihatkan aku, "kak, ko kalau nak cari calon suami.... carilah yang beriya-iya nak kepada kita... jangan kita je lebih-lebih..."

Aku terima pandangannya, mungkin dia bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya. Suami dia sekarang ialah seorang lelaki yang beriya-iya hendak kan dia. Alhamdulillah bahagia.

Beberapa bulan yang lepas, member aku nie sibuk nak kahwin. Ya lah kan... umur semakin meningkat. Bila ada lelaki yang beriya-iya ajak dia kawin... bukan main suka lagi lah member nie. Tanpa rasa curiga dan was-was terus menerima lamaran lelaki berkenaan. Perkenalan yang singkat akhirnya sampai ke jinjang pelamin.

Di sebalik kegembiraan, rupanya ada kekecewaan. Mana taknya, setelah tarikh pernikahan telah ditetapkan... persiapan hampir siap, tetamu telah dijemput. Pada awalnya pelbagai alasan diberi, apabila member den minta separuh duit hantaran... di saat akhir, baru si mamat tu cakap yang dia tak ada duit nak kahwin.

Apa perasaan kekawan apabila seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga, mudah je memberi alasan????

Pada masa tu, tuhan sahaja yang tahu... tensionnya member aku nie. Memang dia buat loan... tapi... tak kan nak menanggung semua kos berkenaan. Demi maruah keluarga, member aku nie tetap juga meneruskan majlis tersebut. Selamat lah mereka menjadi suami isteri. Rupa-rupanya lelaki berkenaan sememangnya mempunyai masalah kewangan yang kronik. Sara diri sendiri pun tak mampu.

Hari nie, wanita yang bekerjaya... memang diburu oleh lelaki yang macam nie... semasa tempoh perkenalan sanggup berhabisan... berlakon bagai nak rak... punyai lah takut tembelangnya pecah...

Apabila ikatan telah termateri, dah tak boleh buat apa... 'Makan hati berulamkan jantung' je setiap hari kawan aku nie... nama je sudah menjadi isteri orang... tapi segalanya kena tanggung sendiri... dan terpaksa berlakon dengan keluarganya... demi menjaga maruah suaminya di mata ahli keluarga.

Dah le, hutang kenduri kahwin kena tanggung sendiri. Kesian aku tengok member nie. Langsung tiada keceriaan di wajahnya. Setiap hari sedih je... memikirkan nasib yang menimpanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Kita diberi peluang untuk berfikir...
Banyak petanda, perlu ditafsir...

PERMOHONAN CUTI REHAT KHAS

Hari nie, dah hari Khamis kan... sekejap je. Hari nie juga, hari terakhir bulan Mac. Esok dah masuk bulan baru... selamat tinggal Mac. Semalam aku dah isi borang CRK untuk 9 April nie... yang 8 April dah pun diluluskan oleh my boss. Oleh kerana tak sempat nak hantar semalam... so hari nie, pepagi lagi aku dah naik ke pejabat. Bersemangat tu..

Rupanya ada cara jugak nak kira CRK nie... bukan sesuka hati je nak mohon. Kita ada CRK setahun 7 hari. So tujuh hari tu dibahagikan dengan 12 bulan.

7 hari bahagi 12 bulan = 0.58

Sekarang baru 3 bulan x 0.58 = 1.75 ( baru layak sehari je CRK)

Kalau macam nie gayanya, bergantung kepada budi bicara guru besar lah... ingat senang ke cikgu nak mohon cuti. Kalau MC pulak, hanya dihadkan 12 hari je untuk klinik swasta.

Banyak betul cabaran kali nie... harap percutian aku ke Jogja memberi seribu satu kenangan... bermacam-macam halangan... daripada nak mohon kelulusan ke luar negara.... tersangkut, kerana tak sertakan tiket penerbangan... time tu pulak member berada di luar negara... tiket semua dia yang booking. Lepas tu permohonan cuti, dah diluluskan sehari.... kena mohon lagi sehari.

Tadi sempat lagi, aku bersembang dengan kerani... mengenai CRK nie... sebab aku nak ambil lagi 2 hari.. bulan Mei dan Oktober.... sempat lagi kakak-kakak kerani nie berseloroh.

" farid jangan habiskan CRK tu... nanti nak kahwin dah tak ada cuti"
dalam pada tu sempat jugak aku melawak...

"ha ah lah akak.... kena simpan untuk kahwin nie"

Dalam hati, nak kawin apa... calon pun tak ada... kalau ada tu, boleh jugak dok berangan. Tapi kalau kawin pun lepas nie... buat yang wajib sudah...

Cuti CRK bukan hak peribadi...
Kami selalu diingatkan hal ini...

Tapi masih boleh diberi...
Bergantung atas budi bicara boss kami...

Tuesday, March 29, 2011

CIKGU KERJA KE HARI SABTU????

Cikgu bekerja ke hari Sabtu??? jawapannya kerja lah my friends... apa?? ingat cikgu macam kakitangan gomen lain ke??? kami nie lain sikit... sebab kami Sabtu pun kerja tau..

Tadi meeting... opps..... bukan meeting lah... taklimat je. Kalau meeting selalu start pukul 8.00 a.m sampai pukul 12.30 a.m dan akan diadakan pada hari Sabtu. So pendek kata kami memang kerja hari Sabtu. Tadi dah pun diberi tarikh hari Sabtu yang perlu hadir ke sekolah.
  • Aku Sabtu minggu pertama & ketiga memang kelas tambahan Tahun 6. Dah tetap sampai UPSR.
  • 9 April 2011 ( sekolah ganti, ikut jadual Isnin )
  • 23 April 2011 ( LADAP 1 Penilaian Berasaskan Sekolah )
  • 30 April 2011 ( Mesyuarat Guru untuk post mortem ujian selaras 1)
  • 22 Mei 2011 ( LADAP 2 di Hotel Crystal Crown )
Sabtu kat atas tu, kebanyakkan bukan minggu pertama dan ketiga... so aku memang bekerja sepanjang bulan... kepada kekawan tu... aku bukan saja-saja mengelak tak mau jumpa dengan hampa ya. Jadual aku memang penuh setiap hujung minggu. Ini baru jadual aktiviti sekolah. Belum tengok lagi jadual lain.

Jangan harap nak buat perancangan aktiviti sendiri...
Sebab aktiviti sekolah memang wajib dihadiri...

Kalau tak datang nanti...
You fikir lah sendiri...

Sunday, March 27, 2011

ADA SKOP BIDANG TUGAS GURU KE????

Baru-baru nie... aku sempat snap gambar member den nie.... dia tak langsung perasan tu.... tekunnya buat keja... kebetulan ada kamera member den... kalau dia tahu mahu kena marah. Sorry ye Da... akak post kat blog nie...

Kerja guru bukan setakat mengajar... tukang kayu pun termasuk sekali ke???... jawapannya tengok gambar tu....sekolah aku tak ada cikgu lelaki ke??? jawapannya ada... siap ada menteri pembangunan lagi... guru khas yang dilantik oleh guru besar untuk buat kerja-kerja baik pulih apa yang patut... tapi tu lah kan... suruh orang bukan dan dan tu dia nak buat... kekadang tu, suruh berkali-kali baru buat... bukan nak mengata kat guru tu.... kita faham sendiri lah, kerja guru nie bermacam-macam... kalau setakat mengajar je... confirm banyak masa terluang.

Member nie... nak tebuk lubang papan kenyataan yang terbiar... nak diguna pakai semula... alat drill tu pun hak peribadi dia... angkut buat mai sekolah... punya lah nak buat kerja sekolah... sikap macam nie lah kalau nak jadi kan contoh... bukan mencari alasan untuk tak nak buat kerja... tapi mencari penyelesaian sebab nak siapkan kerja... susah nak cari cikgu yang buat kerja tak perlu disuruh... aku rasa dia buat kerja nie, hari Khamis... sebab pakai baju batik...

Tu belum cerita pasal kelas dia lagi... memang terbaik lah... bersemangat aku mengajar kelas tu... sebab cantik... aku ajar Maths je... dia guru kelas. Cikgu kreatif nie, buat apa pun mesti cantik kan... tukang jahit pulak tu... semua meja berskirting tu....

Jika guru tidak berkira...
Sekolah pasti akan ceria...

Friday, March 25, 2011

USIA PASTINYA MENINGKAT

Hari nie agak kelapangan sikit... sebab aku memang malas nak libatkan diri dengan aktiviti sekolah... kadang kala kena jugak berkira... waktu untuk diri sendiri pun kena ada jugak... kalau kita tak berkira... takut nanti orang lain yang sibuk dok kira waktu kita...

" farid free je, dia bukan ada apa nak buat kat umah"
Ayat nie selalu sangat singgah di telinga aku... hari nie memang aku berkira... aku nak rehatkan diri di rumah... untuk mengedit gambar he he he... minggu pertama dan ketiga memang dah wajib kerja... so rehat lah ari nie farid.

Sebenarnya kat sekolah ada aktiviti mengemas... maklum lah orang jabatan nak turun. Ada aku kisah orang jabatan nak turun... dah memang kerja dia... biar lah dia turun... kalau kita salah ditegur tu biasalah. Pelik manusia nie kan... kalau boleh tak nak langsung ditegur. Nak yang terbaik je... walaupun terpaksa berlakon... hipokrit... aku tak suka.

Dok mencari gambar untuk diedit... terjumpa lah pulak gambar ketika usia den
33 Tahun 1 hari
Nie pun member tolong ambilkan.... tu sebab aku masukkan tanpa diedit.... dah tua rupanya kan.

Masa nie tengah meeting... biasalah bila meeting nak beri kerja... muka berkerut.

Umur kita akan sentiasa bertambah...
Bermakna makin singkat masa untuk hidup...

Thursday, March 24, 2011

RUMPUT YANG PANJANG

Beberapa hari yang lepas ada seorang kawan nie... tanya aku, perihal rumput di depan rumah yang semakin panjang... jenis aku setiap persoalan perlu ada jawapan... walaupun kadang-kadang jawapan itu tak logik di akal pun... janji ada... jawapan yang tak logik tu jugak lah... kadang kala boleh memecahkan kesunyian... hidup kita nie, kena sentiasa ceria.

"wei, rumput nie dah panjang... bila nak bersihkan"

"aku ingat malas bersihkan, strategi tu... so kalau orang tengok macam rumah yang tak berpenghuni, selamat lah sikit."
Sepatutnya rumput sepanjang tu dah kena bersihkan... selalu aku racun je, cepat sikit... tak ada masa nak cabut.

"Ya, lah tu tak ada orang... tu kereta kan ada"
Member aku tu menambah.

"Boleh kata kereta orang sebelah tumpang parking"

Sebenarnya, bukan nak simpan panjang rumput tu... tapi tak sempat lagi nak bersihkan.... semalam member dari kampung tumpang tidur... pun tegur jugak pasal rumput dah panjang.

Jika ditegur, jangan cepat melenting...
Kadang-kadang benda yang ditegur tu sangat penting...

Wednesday, March 23, 2011

LAWATAN SEHARI KE KUALA LUMPUR

Bergambar bersama dengan warga SK MBS Kuala Lumpur

Panas-panas sempat lagi kami bergambar di tapak perhimpunan sekolah MBS

Hari nie, sekolah den telah mengajurkan lawatan sehari ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Kami bawa murid melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka... lepas tu ke SK MBS di Jalan Hang Tuah dan destinasi terakhir melawat ke Pusat Sains.

Boleh tahan gak penatnya. Seharian tu berjalan. Tak larat nak cerita panjang malam nie... nanti ada masa den cerita apa yang berlaku di setiap tempat yang kami lawati.

Jika guru rajin mencari ilmu...
Murid yang diajar sudah pasti tidak jemu...