Monday, May 30, 2011

CUTI SEKOLAH BERMULA

Hari nie, aku lalui seperti biasa... biar pun orang sibuk bercakap mengenai cuti sekolah... ya lah kan cikgu dah mula bercuti... tapi bagi aku, cuti sekolah atau pun tak sama sahaja... tiada bezanya. Cuma mungkin ada sedikit kelainan dari segi bangun pagi je... boleh dilewatkan sedikit daripada kebiasaan. Walaupun tiada jadual persekolahan formal.. tapi kerja-kerja sekolah banyak perlu disiapkan.

Pagi tadi, aku bersiap-siap untuk ke kelas tambahan... hari nie badan kurang sihat... gagah jugak lah... tak boleh nak manjakan sangat diri nie... kalau manjakan... tak makan aku... siapa nak tolong pe belikan makanan. Dah lewat tengah hari aku dapat call daripada sorang kawan nie... dia memaklumkan akan turun ke KL ari nie... atas urusan berkursus selama 4 bulan di KL. Aku cukup risau kalau dia cakap nak turun ke KL... dalam kepala nie dah mula serabut...

Balik sekolah tadi... aku terus lena... tekak sakit sangat... semalam melayan anak member makan ais krim... aku pun belasah sekali... natijahnya batuk sampai perit tekak... sekali sedar dari tidur ada miss call member nie.... tut, tut, tut... aku tengok ada sms dia..
"call jap"
Dalam hati banyak cantik muka ko... suruh aku call... tu yang aku tak suka dengan perangai dia... sms je suruh aku call... kredit memanjang tak ada... tak pe lah... aku dah kelam kabut nak keluar... malam tadi aku call tanya kenapa???.... rupanya nak suruh aku jemput dia keluar... boring duduk tempat kursus tu... dalam hati suka hati ko je... ingat aku nie kekasih ko... bini ko... sempat lagi tu minta tolong aku top up phone dia.

Dia tak tahu aku sibuk... ada sehari je dalam seminggu yang free petang... tu pun dah diperuntukan untuk si dia... so memang tak ada waktu free untuk awak ok... aku cakap terus terang.... ko punya peil, ajak aku kuar... tapi semua aku yang kena keluar belanja... memanjang tak ada duit... pening kepala aku macam nie... belum bab nak meminjam duit lagi... aku pelik, semua orang ingat aku banyak duit... sampai ada seorang kenalan blogger aku... nak pinjam duit RM2k... aku cakap tak ada duit... tak percaya... sampai merajuk dengan aku.

Aku pantang ada duit cash kat tangan... mesti aku beli barang apa-apa yang tak ada lagi kat umah aku nie... tak pun pe berjalan... atau makan-makan... so jangan mengharapkan aku ada simpanan cash... aku serik beri pinjam kat orang... masa nak pinjam bukan main lagi janjinya... sekejap je nak pinjam... dah dapat, punya liat nak pulangkan balik... aku sms tak balas... aku phone tak angkat.. sedangkan kita perlu duit tu... sebab dia janji sekejap je... tu yang kita beri... akhirnya kita pulak yang dapat susah.

Bagi aku, ada duit cash lagi susah...
Lepas daripada peristiwa tu... aku cuma simpan duit cash untuk kecemasan diri sendiri je... so duit nie memang sesiapa nak pinjam pun aku tak kan bagi.

Friday, May 27, 2011

PERSEMBAHAN HARI GURU SKSB

Setiap kali sambutan hari guru pastinya murid-murid sksb akan terhibur dengan persembahan guru-guru mereka. Bila lagi masanya guru nak tunjuk bakat mereka kan... alah nak seronok-seronok... setahun sekali je pun.

Kasut warna kuning tu sendirian berhad... sepasang RM20 tu... lepas nie boleh guna untuk sukan... maklum lah padang kami... ala-ala bendang gitu kan... memang berguna lah kasut tu.

Nie persembahan guru-guru sesi pagi... aku pun tak tahu berapa lama mereka buat latihan... yang pasti latihannya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran...

Melopong anak murid sksb... tengok cikgunya menari ala tendang menendang tu.... aku tengok gambar je lah...

Kalau hang pa tengok mesti gelak kan... main bola jaring pakai kain batik dengan kain pelekat... siap dengan helmet tu... memang memenuhi ciri-ciri keselamatan betul... boleh pulak nak kumpul helmet sebanyak tu... aku rasa tahun nie sukaneka yang paling meriah.

Campur guru lelaki dengan guru perempuan....

Group mana nie... tengah pasang strategi tu...

Guru bergembira di Hari Guru...

Persembahan guru-guru sesi petang... boria dari mana nie...

Bersemangat betul cikgu-cikgu nie... ustazah pun join sama... tak menari pun... tapi tukang pusing payung je... tapi yang nie paling penat... tanpa henti.

Semua nie tak kan jadi... kalau tak ada kerjasama... cikgu-cikgu sksb memang sporting lah.

Gambar nie aku ambil daripada fb member.... saja masuk kat blog nie... mana tahu esok bila teringat kekawan... boleh tengok kan...

Thursday, May 26, 2011

JEMPUTAN KAHWIN MENJELANG CUTI SEKOLAH

Esok last sekolah... masing-masing dok merancang perjalanan balik kampung... pergi bercuti dan ada juga dok merancang untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara mara serta sahabat handai.


Aku pun tak terkecuali dalam membuat perancangan tersebut... setakat nie aku ada menerima 6 jemputan kenduri kahwin.

Paling hampir, hujung minggu nie... kawan sama belajar di Raja Melewar... Noorliza Rahaman, majlisnya pada 29 Mei nie... Insya Allah, aku akan cuba hadiri... mungkin lewat sikit... sebab paginya aku ada kerja.

Tarikh yang sama juga, ada jemputan rakan sekerja... kenduri kahwin adiknya di Kuang.

Pada 5 Jun kenduri kahwin member sama sekolah pertama aku posting... kenduri kahwin Cikgu Salwa di Padang Piol. Insya Allah aku akan hadir... kebetulan si dia nak datang ke rumah orang tua di kampung... so sekali jalan. Kalau ikutkan tarikh nie dah dikosongkan. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Esok sampai Ahad dah tentu ke Indonesia.

Pada 11 Jun nie, sepupu aku di kampung kahwin. Sekiranya ada kelapangan dan kesihatan yang baik insya allah sampai. Setiap minggu balik, macam orang kaya lah pulak kan.... nasib baik lah kampung aku nie dekat... boleh balik ari je. Kos pun tak ada lah mahal sangat.

Tarikh yang sama juga... ada satu lagi jemputan rakan sekerja di Kuang.. kenduri kahwin anak sulungnya.

Hadiah belum diusahakan lagi... masih ada masa kan... yang dekat belum beli lagi... yang member nak kahwin bulan Julai aku dah berkira-kira tentang hadiahnya. Satu lagi jemputan di Klang... aku tak ingat lah pulak tarikhnya.

Tuesday, May 24, 2011

DAH START MENONTON WAYANG

Hujung minggu baru nie menonton mid night cerita Pirates of Caribbean di TGV Cinema, Kepong... seronok lah pulak... selalu aku kalau menonton mid night nie tido je... kali nie boleh layan tu. Kalau sorang bahaya menonton malam-malam nie... balik lewat malam.... nie pun sebab ramai... tu yang berani.

Esok tak ada aktiviti kokurikulum... so aku dan sorang kawan nie dah merancang nak menonton Filem Nur Kasih di TGV One Utama. Lepas sekolah je... settle segala bill... dan boleh layan filem di pawagam... dulu masa orang lain sibuk dok menonton drama Nur Kasih... aku langsung tak ambil kisah... kali nie aku tak nak lepaskan peluang.

Monday, May 23, 2011

JADUAL MINGGU NIE

Boleh dikatakan setiap minggu aku sibuk... dengan pelbagai hal yang perlu diselesaikan. Jadual minggu nie dah disusun... jadual nie akan berubah sekiranya ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

  • Hari Isnin... sudah berlalu...
  • Hari Selasa... petang aku akan berada di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur... on the way balik kena singgah ambil pakain di kedai dobi... pakaian pun dah tak sempat basuh.. sekarang hantar dobi je... masak memang dah lama masak kat kedai.
  • Hari Rabu... nak settlekan cukai tanah umah di Johor... nak settlekan segala bayaran bil yang perlu berurusan di bank. Sebab Rabu nie tak ada Ko-kurikulum. Malam perlu berada di Sungai Buloh.
  • Hari Khamis... lepas sekolah perlu ke Setia Alam... kalau si dia free boleh minum petang sama... Meru je port yang paling strategik... adil dari segi jarak.
  • Hari Jumaat ... lepas sekolah ke Alamanda nak jumpa dengan kawan yang dah setahun tak jumpa.... setakat nie dah 2 orang mengesahkan nak datang. Petang nak ke Seremban, tolong kawan setakat yang termampu... malam tak tahu pukul berapa boleh sampai di Pristana... so mid night kena tunda ke minggu lain.
  • Hari Sabtu ... dah start kelas tambahan tahun 6... Petang perlu berada di Puncak Alam.... dan sebelah malam perlu berada di Sungai Buloh.
  • Hari Ahad... ke Puchong dan lepas tu perlu bersiap untuk ke Seremban... sebab ada jemputan kenduri kawan sama belajar di maktab...
  • Hari Isnin... kelas tambahan.... petang ke Sri Damansara dan sebelah malam ke Serremas.
Begitu lah rutin aku setiap hari setiap minggu... sampai tak sempat nak edit gambar.... kawan dah sibuk tanya... bila nak dapat gambar... cuti sekolah nie rasanya baru ada masa nak edit. Gambar sendiri tu.. lambat lah rasanya... kena siapkan gambar orang dulu... kalau tak jenuh nak menjawabnya.

Sunday, May 22, 2011

CENDERAHATI UNTUK TETAMU

Sebenarnya cenderahati nie, bukan untuk majlis aku.. tapi aku nak sponser kepada sepupu yang akan melangsungkan perkahwinannya pada pertengahan Jun nie... bukan aku buat sendiri...kalau aku buat sendiri... hebat tu. Tak ada masa aku nak buat semua nie... kakak aku yang tolong buat... aku cuma keluarkan modal je pun.

Memang jimat lah, kalau buat sendiri... boleh lah nanti dia beri kepada kekawan yang rapat kan... aku seponser bukan banyak pun... untuk 100 je. Kalau nak beri kepada semua tetamu masak lah kan... kalau kat kampung aku... kami masih lagi guna telur rebus untuk tetamu yang hadir. Paper beg tu.. selalunya untuk kekawan pengantin je. Tapi kalau modal besar boleh je beri kepada semua tetamu yang hadir.

Warna merah hati nie sebab ikut tema majlis sepupu tu.. aku harap dia suka lah kan.... Insya Allah awal bulan Jun nie aku balik kampung... sebab ada kenduri kahwin kawan di Padang Piol..So boleh lah hantar terus ke umah dia je.

PACKING BARANG TIME BERCUTI

Aku memang tak suka bawa banyak beg... kalau boleh satu beg je... senang nak usung ke mana-mana... tambah pula kalau terpaksa menggunakan pengangkutan awam. So, nie je beg aku bawa... segalanya aku sumbat di dalam tu. Apa barang yang aku sumbat... jom kita tengok... ada lagi yang tak berapa sesuai dipaparkan... aku dah asingkan... kira ada lagi lah benda boleh sumbat nie.

Aku gunakan pengalaman masa askar wataniah dulu... nak packing kain baju mesti guna getah ikat... jangan tak percaya... aku memang beli getah untuk ikat kain baju nie... kain batik yang aku baru beli... seluar baju yang aku dah guna... semua aku ikat... so nasib lah kan bercampur tu... nanti basuh lah... bukan rosak pun. Kalau buat macam nie... memang boleh muat banyak satu beg tu... siapa yang belum pernah cuba tu... boleh cuba lepas nie.

Nie pun aku sumbat dalam beg yang sama... lagi pun aku tak beli banyak... untuk anak buah je...

Aku pantang jumpa mug yang belum ada dalam koleksi... mesti beli. Kali nie aku sambar tiga biji sekali tu... minat punya pasal kan...

Berat boleh tahan jugak nak mengusung tu... dah le kena panjat tangga di stesen komuter lagi... berjalan jauh jugak masa kat LCCT tu.