Saturday, April 28, 2012

MINGGU MAKAN-MAKAN

Bulan nie boleh dikatakan semua orang gomen poket penuh. Rezeki kan... dapat naik gaji 13% . Dapat lah terkumpul sikit duitnya. Kalau gaji RM1k pun dah kenaikan RM130. Bermula dari hari gaji... makan tengah hari di Sambal Hijau... hari Jumaat, makan bersama kekawan sama belajar OUM di IceROom Nilai, hari nie kawan belanja Satay Subang... ikutkan esok ada sorang mamat nie nak belanja makan di ALamanda Putrajaya. Wah mewah betul makan... bulan nie je pun... bulan depan back to normal.

Terima kasih kepada kekawan yang belanja makan.



Friday, April 6, 2012

TIPS BERCUTI KE LUAR NEGARA

Tajuk entry kali nie, macam aku kerap sangat ke luar negara... sebenarnya aku ke negara jiran je pun... entry ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang kali pertama hendak ke luar negara dan tertanya-tanya apa yang perlu mereka tahu.

Aku bercerita pun berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa nie... dan ada juga perkongsian pengalaman kekawan yang pernah ke luar negara.

First time ke luar negara kawan bawa...
Second time ke luar negara kawan bawa...
Third time ke luar negara kawan bawa...
Lepas tu, aku pulak yang bawa kawan...

Ada peningkatan... sebab??? dah ada pengalaman. Dah macam balik kampung.
Kenapa aku cakap balik kampung???
Aku ke pasar di salah satu tempat di Indonesia... biasalah bila sering ke sana.. dah boleh ikut loghat mereka... seorang pekedai nie tanya???
"Ibu aslinya Indonesia??"
"Ngak, ibu aslinya Malaysia. Kenapa kamu ngak percaya??? mahu ditunjuknya pasport??"
Gelak budak yang menjual...
"Ibu sepertinya asli Indonesia"

Pulak dah... dikatanya aku orang Indon... hang pa rasa muka aku nie ada macam muka orang Indon ke???

Sebetulnya aku hanya pernah ke Indonesia saja.

PRINT TIKET NIE
  • Kalau penerbangan dalam negara, tak perlu print pun... just ambil no booking untuk self-check in. Nak senang buat je web check in... lepas tu print... itu lah boarding pass.. setakat nie aku belum cuba lagi web check in.
  • Sebab apa di Indonesia kebanyakkan tempat kiosk self check berada di dalam.... maksudnya sebelum kita masuk mereka akan lihat dulu bukti seperti di atas tu. Tak susah pun nak print... lepas tu simpan je dalam handbeg tu.
PASPORT
  • Pasport nie jangan ambil mudah. Pertama semak tarikh tamat tempoh... kurang sehari je 6 bulan... memang tak kan lepas nak keluar negara. Kawan dah ramai terkena, so aku dah memang beringat le. Tu sebelum ke luar negara cuti sekolah baru nie aku dah perbaharu... sepatutnya tamat tempoh bulan Julai 2012.
  • Menyesal lah pulak aku buat 2 tahun je... lain kali kena buat 5 tahun.
KAD BANK
  • Sekiranya anda takut nak tukar duit dalam jumlah yang banyak... bagi kaki shopping le... bawalah kad bank yang tertera VISA.... dah banyak kad bank yang ada VISA... CIMB, Maybank, Bank Islam dll... apa yang penting ada duit lah di dalamnya.
  • Pastikan sebelum bercuti, call bank berkenaan maklumkan kepada mereka yang anda akan menggunakan kad berkenaan di negara mana... dari tempoh sekian hingga sekian.
  • Di sana nanti kita boleh keluarkan di mana-mana ATM yang tertera VISA... he he he he senang kan... nie pun sebab terjadi kepada kawan aku yang otak bisnes... bawa duit sikit je... sampai di sana banyak pulak benda yang boleh dibeli untuk berniaga... sudahnya call bank suruh buka akaun. Jangan risau bank dah convert siap-siap... kalau Maybank akan kenakan sikit bayaran perkhidmatan... rasanya semua bank akan kenakan bayaran perkhidmatan.... cuma bezanya jumlah sikit atau banyak.
KAD KREDIT
  • Ada kemudahan guna... selalunya kad kredit nie guna untuk bayar hotel je pun... dan untuk keperluan lain... aku selalunya sebelum ke sana memang akan call bank supaya buka untuk tempoh sepanjang berada di sana. Tu sebab aku suka kad kredit Bank Rakyat nie... nak booking tiket Airasia pun kena suruh bank buka dulu... so orang lain tak boleh curi-curi nak guna ye. Dah la tak ada yuran tahunan... cukai RM50 pun bank bayar... dapat point lagi.
Itu je rasanya perkongsian aku untuk kali ini dalam entry tips bercuti... sebab aku nie bercuti ke Indonesia tak pernah pakai agen... percutian main redah sendiri je... berbekalkan pengalaman kekawan dan juga abg google. Setakat nie semuanya berjalan dengan lancar.

Jalan-jalan tengok orang...
Ada yang lebih, ada yang kurang...

Jalan-jalan lihat pemandangan...
Beroleh ketenangan luas pandangan...

Friday, March 30, 2012

GURU DULU TAK SAMA GURU KINI

Guru dulu masuk markah dalam borang... lepas tu guna kalkulator untuk kira markah.
Guru kini masuk markah sendiri secara online melalui SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH... dah penuh semua guru isi... keputusan tersedia.. nak apa???
  • kedudukan dalam kelas
  • kedudukan dalam tahun
  • analisa mengikut kelas. mata pelajaran, keseluruhan
  • boleh print lagi keputusan setiap murid untuk simpanan
Ibu bapa tak perlu tanya markah dengan anak... semak sahaja secara online..
Semakin senangkan.

Sebagai guru pulak... perlu peka dengan due date... nanti terkantoi pulak tak masuk markah. Lagi satu janganlah tunggu saat akhir... nanti server down lagi susah.

Ini pulak penilaian STANDARD GURU MALAYSIA untuk guru.... due datenya penghujung bulan 3... dah isi semua... boleh nilai sendiri... kalau rajin boleh print lagi keputusannya... boleh tahan jugak soalan.

Guru dulu perlu isi borang pertukaran... beza lah pulak borangnya... antara dalam negeri dan luar negeri..

Guru hari ini hanya perlu mengisi pertukaran secara online sahaja... apa yang penting data mesti update... takut nanti tercampak jauh pulak dari rumah... sudahnya datang merayu-rayu lagi nak pindah.... siapa yang susah... semua pihak susah.

Guru hari ini perlu mengikut perkembangan teknologi... walaupun ada jugak kekangannya... tapi kebaikan untuk jangka masa yang panjang amat memudahkan semua pihak.

Secara peribadi, aku memang menyokong perubahan yang telah dibuat.

Sunday, March 4, 2012

KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG2-1 HINGGA DG2-5 KEPADA GRED DG1-1

Bulan Mac tahun nie memberi seribu makna untuk diri aku... bermula pada 2 Mac yang lepas genap umur aku yang ke-34 tahun... terharu sangat orang yang kita sayang... ingat tarikh berkenaan tapi tak nak wish besday... sebaliknya,

"sayang, hari nie dah genap umo sayang yang ke-34 tahun... lepas Solat Subuh nanti abang doakan sayang semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dicepatkan jodoh"

Terharu sangat...
Memang dah jadi rutin dia kejutkan seawal 5.30 pagi... untung jugak ada jam loceng hidup nie... seawal pagi dah dengar suara orang yang kita sayang. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini walaupun cuma seketika.

Terima kasih jugak kepada semua yang memberikan ucapan. Aku hargai sangat.

Tak sangka, bulan Mac tahun nie jugak telah keluar siaran untuk kenaikan pangkat DG2-2 kepada DG1-1... lama jugak tu penantian untuk kenaikan gred... ya lah, tamat pengajian bulan April 2010 dan konvo bulan November tahun yang sama. Setahun lebih jugak tu...

So minggu nie semua nak kena uruskan segala dokumen yang diperlukan. Aku dengar ceta tarikh tutup 12 Mac... yang betulnya tak tahu bila... surat dari Jabatan pun aku tak tengok lagi... 12 tu time cuti, time tu aku berada di luar negara 4 hari... tak kisah lah tutup bila pun... yang penting minggu nie aku nak settlekan segala dokumen... yang lain serahkan kepada kerani untuk uruskan.

Dimaklumkan bahawa di bawah pelaksanaan SBPA, skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD dipinda menjadi skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Justeru, mana-mana PPPLD yang telah memperoleh ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) boleh dinaikkan pangkat ke gred DG1-1 tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan syarat pegawai berkenaan memilih opsyen SBPA.

Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk memperakukan mana-mana PPPLD yang telah memperoleh ijazah semasa dalam perkhidmatan tetapi masih belum dilantik ke gred DG41. Bagi PPP yang berkenaan, perakuan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan format-format yang ditetapkan dalam urusan Kenaikan Pangkat ini. Format/ borang berkaitan adalah seperti di lampiran.

Sumber : Jabatan Pelajaran Melaka
Rezeki Tahun 2012...

Wednesday, February 29, 2012

HADIAH SPECIAL UNTUK MY DAD

Hari nie, adik aku nak buat kejutan untuk my dad... belikan motor baru. Dah lama sangat ayah aku pakai motor kriss... kalau tak silap aku beli motor tu tahun 2004... kenangan buat keluar duit KWSP... he he he tu je lah benda yang nampak... itu pun buat bayar muka je.

Lagi satu motor nie tak ada starter... so kalau time gout menyerang... dah tak boleh nak start motor... ayah aku nie... kalau sehari tak dapat ge kedai... mula lah bising.

Hari nie 29 Feb 2012, ayah aku dapat motor baru... sebenarnya dah lama kami nak belikan motor baru untuk ayah aku nie... aku baru bercadang nak beli naik gaji... tengok adik aku dah belikan dulu. Tak kisah lah siapa yang belikan... janji dapat memberi kemudahan untuk ayah aku ke masjid dan ke kedai kopi.

Motor yang nie... memang ada starter. Baru senang sikit... so tak payah nak start pakai kaki lagi. Lagi satu, ayah aku tak payah beli motor lain untuk anak bongsunya tu... adik aku yang bongsu dah pandai tunggang motor... tapi masalahnya tak pandai start. Aku ingat lepas nie... asyik hilang je lah motor ayah aku nie.

Jika niat ingin memberi...
Jangan mengharap untuk dipuji...

Wednesday, February 22, 2012

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI PERLIS

Keindahan waktu senja pasti akan memukau mata memandang... tambah lagi bagi mereka yang cintakan keindahan.

Tangan siapa nie....????

Lewat senja matahari akan mula terbenam... dan lama kelamaan suasana akan gelap.

Air laut yang tenang... bisa membuatkan pengunjung damai.

Not my car... nanti ada pulak orang yang salah sangka... dan tafsir..
Putih itu bersih...

Saturday, February 18, 2012

WAJAH-WAJAH DI TAHUN 2012

Rasanya ini merupakan gambar aku yang terbaharu di tahun 2012... tahun nie aku belum berkesempatan untuk merakamkan gambar... ini pun ehsan daripada PK aku yang snap... beliau upload kat fb... so aku download dan upload kat blog pulak.

Tahun nie, semua kekawan tegur aku... sebab depa kata aku happy je... secara jujurnya aku memang happy sangat tahun nie... tahun lepas bermula penghujung bulan Jun sehingga lah tamat sesi persekolahan... aku hanya hadirkan diri ke sekolah... tetapi jiwa aku... hati aku... hanya tuhan je yang tahu.

Tapi tahun nie... aku happy datang sekolah... happy bekerja... sebab boss baru ke???? tak jugak. Boss baru ke... boss lama ke... sama je bagi aku... tak ada bezanya. Mungkin dari dalaman aku sendiri... sekarang nie tak ada masalah... berkat kesabaran.

Kalau ada pun cerita-cerita mengenai aku... aku biarkan ianya berlalu ditiup angin dan membawanya jauh dari pengetahuan aku... aku tidak mahu cerita berkenaan menghantui hidup aku.

Orang yang mempunyai perasaan iri hati akan buat apa saja untuk kepuasan diri sendiri.
Sampai sanggup membuka aib sendiri...
mengadakan cerita yang tiada...
cuba mencari pengaruh untuk orang mempercayai ceritanya...

Kadang-kala aku terfikir kenapa dia sanggup lakukan semua itu... untuk apa???
Cemburu??? Jelous???

Satu kita kena ingat... buat baik, akan dibalas baik... itu jelas. Setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dan mendapat balasan yang setimpal. Kalau tidak berlaku hari ini... mungkin esok... kalau tak berlaku kepada kita... mungkin kepada anak-anak kita. Doa orang teraniaya dimakbulkan Allah S.W.T.
Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir, kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya tidak dihalangi."

Riwayat Ahmad, Abu Ya'laa dan Dliya dari Anas
Dari Abdullah bin Abbas ra. memberitakan Rasulullah saw. pernah bersabda:

"Takutlah doa orang yang teraniaya; kerana sesungguhnya tiadalah dinding antaranya dengan ALLAH"- Hadis Riwayat Al-Bukhari -

Pengajaran Hadis:
  • Islam menyuruh penganutnya supaya berbuat baik kepada semua manusia, terutama orang-orang Islam yang menjadi saudaranya dalam agama.
  • Seseorang Islam tidaklah wajar menganiaya atau menzalimi seseorang dengan merampas haknya, menyakitinya, menggangguinya atau menjatuhkan maruahnya.
  • Padahlah orang yang zalim; sebab doa mangsa kezaliman terhadapnya adalah segera diperkenankan ALLAH dan tiada penghalang di antaranya.
Aku tahu apa yang dia lakukan... kalau aku nie jahat... aku print semua sms keluar yang dia hantar kepada 3 orang nie dah cukup... tapi aku tak nak menjatuhkan maruah dia...

dia kawan aku...
dia rakan sekerja aku...
dan dia masih aku hormati sebagai kakak...

Apa yang mampu aku lakukan... cuma berdoa agar dia cepat sedar akan kesilapan yang dilakukan. Sebelum terlambat. Di dunia nie, kita diuji dengan pelbagai ujian.

Kalau kita nak sesuatu...
Bijak bertindak betulkan nawaitu...