Sunday, May 27, 2012

SELAMAT PENGANTI BARU KEPADA HADI & ZARA

Selamat pengatin baru kepada Abdul Hadi dan pasangannya Zara. Cikgu sentiasa mendoakan kebahagian Hadi. Tanggal 27 Mei 2012 menjadi sejarah bagi pasangan yang sama padan nie.

Tengok kekawan bahagia... kita pun turut merasa kebahagiaannya. Semua kawan lama dah berkeluarga, tinggal aku sorang je. Masing-masing dengan anak yang dah besar... pantas masa berlalu kan.

 Sham macam dulu jugak kontrol handsome... senyum je.

 Zaidi dan Nazrul pun hadir jugak. Dah macam reunion lah pulak.

 Hampir terlupa aku nama budak sorang nie... Lan tak banyak pun berubah... masih macam dulu. Umur je yang semakin bertambah.

Sunday, May 20, 2012

SAMBUTAN HARI GURU

Meriah sambutan Hari Guru SKSB pada tahun nie... gambar nie aku ambil dari fb kekawan... sambutan hari guru buat pertama kali bersama dengan Guru Besar baru. 

Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari guru kepada:
  • Rakan-rakan sekerja di sksb.
  • Guru-guru yang pernah mendidik aku sejak dari sekolah rendah hingga lah bergelar seorang guru.
  • Rakan guru yang mengenali aku.
  • Rakan-rakan semasa sekolah rendah yang bergelar guru ( Ijan, Afzal, Azizah, Nani, Sopiah, Hairul )
Semoga kita semua mampu menyahut cabaran dalam dunia pendidikan hari ini. Selamat Hari Guru.

Saturday, April 28, 2012

MINGGU MAKAN-MAKAN

Bulan nie boleh dikatakan semua orang gomen poket penuh. Rezeki kan... dapat naik gaji 13% . Dapat lah terkumpul sikit duitnya. Kalau gaji RM1k pun dah kenaikan RM130. Bermula dari hari gaji... makan tengah hari di Sambal Hijau... hari Jumaat, makan bersama kekawan sama belajar OUM di IceROom Nilai, hari nie kawan belanja Satay Subang... ikutkan esok ada sorang mamat nie nak belanja makan di ALamanda Putrajaya. Wah mewah betul makan... bulan nie je pun... bulan depan back to normal.

Terima kasih kepada kekawan yang belanja makan.



Friday, April 6, 2012

TIPS BERCUTI KE LUAR NEGARA

Tajuk entry kali nie, macam aku kerap sangat ke luar negara... sebenarnya aku ke negara jiran je pun... entry ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang kali pertama hendak ke luar negara dan tertanya-tanya apa yang perlu mereka tahu.

Aku bercerita pun berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa nie... dan ada juga perkongsian pengalaman kekawan yang pernah ke luar negara.

First time ke luar negara kawan bawa...
Second time ke luar negara kawan bawa...
Third time ke luar negara kawan bawa...
Lepas tu, aku pulak yang bawa kawan...

Ada peningkatan... sebab??? dah ada pengalaman. Dah macam balik kampung.
Kenapa aku cakap balik kampung???
Aku ke pasar di salah satu tempat di Indonesia... biasalah bila sering ke sana.. dah boleh ikut loghat mereka... seorang pekedai nie tanya???
"Ibu aslinya Indonesia??"
"Ngak, ibu aslinya Malaysia. Kenapa kamu ngak percaya??? mahu ditunjuknya pasport??"
Gelak budak yang menjual...
"Ibu sepertinya asli Indonesia"

Pulak dah... dikatanya aku orang Indon... hang pa rasa muka aku nie ada macam muka orang Indon ke???

Sebetulnya aku hanya pernah ke Indonesia saja.

PRINT TIKET NIE
  • Kalau penerbangan dalam negara, tak perlu print pun... just ambil no booking untuk self-check in. Nak senang buat je web check in... lepas tu print... itu lah boarding pass.. setakat nie aku belum cuba lagi web check in.
  • Sebab apa di Indonesia kebanyakkan tempat kiosk self check berada di dalam.... maksudnya sebelum kita masuk mereka akan lihat dulu bukti seperti di atas tu. Tak susah pun nak print... lepas tu simpan je dalam handbeg tu.
PASPORT
  • Pasport nie jangan ambil mudah. Pertama semak tarikh tamat tempoh... kurang sehari je 6 bulan... memang tak kan lepas nak keluar negara. Kawan dah ramai terkena, so aku dah memang beringat le. Tu sebelum ke luar negara cuti sekolah baru nie aku dah perbaharu... sepatutnya tamat tempoh bulan Julai 2012.
  • Menyesal lah pulak aku buat 2 tahun je... lain kali kena buat 5 tahun.
KAD BANK
  • Sekiranya anda takut nak tukar duit dalam jumlah yang banyak... bagi kaki shopping le... bawalah kad bank yang tertera VISA.... dah banyak kad bank yang ada VISA... CIMB, Maybank, Bank Islam dll... apa yang penting ada duit lah di dalamnya.
  • Pastikan sebelum bercuti, call bank berkenaan maklumkan kepada mereka yang anda akan menggunakan kad berkenaan di negara mana... dari tempoh sekian hingga sekian.
  • Di sana nanti kita boleh keluarkan di mana-mana ATM yang tertera VISA... he he he he senang kan... nie pun sebab terjadi kepada kawan aku yang otak bisnes... bawa duit sikit je... sampai di sana banyak pulak benda yang boleh dibeli untuk berniaga... sudahnya call bank suruh buka akaun. Jangan risau bank dah convert siap-siap... kalau Maybank akan kenakan sikit bayaran perkhidmatan... rasanya semua bank akan kenakan bayaran perkhidmatan.... cuma bezanya jumlah sikit atau banyak.
KAD KREDIT
  • Ada kemudahan guna... selalunya kad kredit nie guna untuk bayar hotel je pun... dan untuk keperluan lain... aku selalunya sebelum ke sana memang akan call bank supaya buka untuk tempoh sepanjang berada di sana. Tu sebab aku suka kad kredit Bank Rakyat nie... nak booking tiket Airasia pun kena suruh bank buka dulu... so orang lain tak boleh curi-curi nak guna ye. Dah la tak ada yuran tahunan... cukai RM50 pun bank bayar... dapat point lagi.
Itu je rasanya perkongsian aku untuk kali ini dalam entry tips bercuti... sebab aku nie bercuti ke Indonesia tak pernah pakai agen... percutian main redah sendiri je... berbekalkan pengalaman kekawan dan juga abg google. Setakat nie semuanya berjalan dengan lancar.

Jalan-jalan tengok orang...
Ada yang lebih, ada yang kurang...

Jalan-jalan lihat pemandangan...
Beroleh ketenangan luas pandangan...

Friday, March 30, 2012

GURU DULU TAK SAMA GURU KINI

Guru dulu masuk markah dalam borang... lepas tu guna kalkulator untuk kira markah.
Guru kini masuk markah sendiri secara online melalui SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH... dah penuh semua guru isi... keputusan tersedia.. nak apa???
  • kedudukan dalam kelas
  • kedudukan dalam tahun
  • analisa mengikut kelas. mata pelajaran, keseluruhan
  • boleh print lagi keputusan setiap murid untuk simpanan
Ibu bapa tak perlu tanya markah dengan anak... semak sahaja secara online..
Semakin senangkan.

Sebagai guru pulak... perlu peka dengan due date... nanti terkantoi pulak tak masuk markah. Lagi satu janganlah tunggu saat akhir... nanti server down lagi susah.

Ini pulak penilaian STANDARD GURU MALAYSIA untuk guru.... due datenya penghujung bulan 3... dah isi semua... boleh nilai sendiri... kalau rajin boleh print lagi keputusannya... boleh tahan jugak soalan.

Guru dulu perlu isi borang pertukaran... beza lah pulak borangnya... antara dalam negeri dan luar negeri..

Guru hari ini hanya perlu mengisi pertukaran secara online sahaja... apa yang penting data mesti update... takut nanti tercampak jauh pulak dari rumah... sudahnya datang merayu-rayu lagi nak pindah.... siapa yang susah... semua pihak susah.

Guru hari ini perlu mengikut perkembangan teknologi... walaupun ada jugak kekangannya... tapi kebaikan untuk jangka masa yang panjang amat memudahkan semua pihak.

Secara peribadi, aku memang menyokong perubahan yang telah dibuat.

Sunday, March 4, 2012

KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG2-1 HINGGA DG2-5 KEPADA GRED DG1-1

Bulan Mac tahun nie memberi seribu makna untuk diri aku... bermula pada 2 Mac yang lepas genap umur aku yang ke-34 tahun... terharu sangat orang yang kita sayang... ingat tarikh berkenaan tapi tak nak wish besday... sebaliknya,

"sayang, hari nie dah genap umo sayang yang ke-34 tahun... lepas Solat Subuh nanti abang doakan sayang semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dicepatkan jodoh"

Terharu sangat...
Memang dah jadi rutin dia kejutkan seawal 5.30 pagi... untung jugak ada jam loceng hidup nie... seawal pagi dah dengar suara orang yang kita sayang. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini walaupun cuma seketika.

Terima kasih jugak kepada semua yang memberikan ucapan. Aku hargai sangat.

Tak sangka, bulan Mac tahun nie jugak telah keluar siaran untuk kenaikan pangkat DG2-2 kepada DG1-1... lama jugak tu penantian untuk kenaikan gred... ya lah, tamat pengajian bulan April 2010 dan konvo bulan November tahun yang sama. Setahun lebih jugak tu...

So minggu nie semua nak kena uruskan segala dokumen yang diperlukan. Aku dengar ceta tarikh tutup 12 Mac... yang betulnya tak tahu bila... surat dari Jabatan pun aku tak tengok lagi... 12 tu time cuti, time tu aku berada di luar negara 4 hari... tak kisah lah tutup bila pun... yang penting minggu nie aku nak settlekan segala dokumen... yang lain serahkan kepada kerani untuk uruskan.

Dimaklumkan bahawa di bawah pelaksanaan SBPA, skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD dipinda menjadi skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Justeru, mana-mana PPPLD yang telah memperoleh ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) boleh dinaikkan pangkat ke gred DG1-1 tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan syarat pegawai berkenaan memilih opsyen SBPA.

Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk memperakukan mana-mana PPPLD yang telah memperoleh ijazah semasa dalam perkhidmatan tetapi masih belum dilantik ke gred DG41. Bagi PPP yang berkenaan, perakuan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan format-format yang ditetapkan dalam urusan Kenaikan Pangkat ini. Format/ borang berkaitan adalah seperti di lampiran.

Sumber : Jabatan Pelajaran Melaka
Rezeki Tahun 2012...

Wednesday, February 29, 2012

HADIAH SPECIAL UNTUK MY DAD

Hari nie, adik aku nak buat kejutan untuk my dad... belikan motor baru. Dah lama sangat ayah aku pakai motor kriss... kalau tak silap aku beli motor tu tahun 2004... kenangan buat keluar duit KWSP... he he he tu je lah benda yang nampak... itu pun buat bayar muka je.

Lagi satu motor nie tak ada starter... so kalau time gout menyerang... dah tak boleh nak start motor... ayah aku nie... kalau sehari tak dapat ge kedai... mula lah bising.

Hari nie 29 Feb 2012, ayah aku dapat motor baru... sebenarnya dah lama kami nak belikan motor baru untuk ayah aku nie... aku baru bercadang nak beli naik gaji... tengok adik aku dah belikan dulu. Tak kisah lah siapa yang belikan... janji dapat memberi kemudahan untuk ayah aku ke masjid dan ke kedai kopi.

Motor yang nie... memang ada starter. Baru senang sikit... so tak payah nak start pakai kaki lagi. Lagi satu, ayah aku tak payah beli motor lain untuk anak bongsunya tu... adik aku yang bongsu dah pandai tunggang motor... tapi masalahnya tak pandai start. Aku ingat lepas nie... asyik hilang je lah motor ayah aku nie.

Jika niat ingin memberi...
Jangan mengharap untuk dipuji...