Tuesday, October 6, 2009

HUJUNG MINGGU YANG PADAT

Ari nie merupakan kuliah hari pertama untuk semester kedua akhir..... diam tak diam dah nak habis rupanya aku belajar..... kali nie tak ramai jumpa keng kawan yang lain.... nasib baik aku dapat sama dengan K. Fatin. Kawan aku yang paling rajin.... Semester nie 2 paper Matematik..... dan tesis.... Tak sangka sem nie dapat pensyarah yang baik.... Pn. Khaliza... best lah dia mengajar..... tesis je tak tahu lagi kena dengan sapo nie.... harap2 dapat pensyarah area KL je senang nak jumpa.....

Nie merupakan tahun kedua dapat kuih bakul daripada kawan aku..... mula2 aku tak nak jugak terima.... tapi bila kuar kat tv memang halal kuih bakul keluaran syarikat nie.... barulah aku yakin.... bekas pun dah cantik kan... itu untungnya kawan dengan pelbagai kaum nie... dah dekat nak raya dapat buah limau pulak.... dulu masa kat Segambut jiran kami Cina siap buat open house lagi... makan KFC je lah dengan kacang2.... dan paling seronok dapat ampau......

Balik dari kelas OUM aku terus memandu ke umah akak aku di Cheras.... kalau tak ada program aku rajin ke sana.... nie dah beraya yang ke berapa kali dah.... sebenarnya aku nak ambil baju yang akak aku baru jahit.... nak pakai beraya ari Ahad..... ke mana lagi aku nie nak beraya.... lepas je solat Zohor aku beraya ke umah kawan aku.... semalamnya aku dah buat 2 janji temu.... bukan apa jauh2 drive nanti depa tak ada kat umah....

Aku memandu ke umah Roza kawan aku yg keja TUDM tu.... dah lama aku tak jumpa dia.... minta aku call je.... dia suruh datang umah... masa je tak mengizinkan... kali nie aku kena datang... last sekali jumpa dia anak sorang.... sekarang dah 3 orang anaknya... lama juga aku tak jumpa dia.... so ambil masa nak sembang2.... jenuh jugak aku nak mencari umah dia kat Bandar Tasik Selatan tu....maklumlah umah flet nie semua sama je.... tapi kat area tu sewa boleh tahan jugak.....

Lepas tu aku gerak ke umah kawan aku kat Setiawangsa..... dari Sg. Besi sampai ke Melawati jem nya.... selalu 15 minit dah sampai..... ini dah makan masa sejam lebih. Aku beraya umah kwn sama maktab (ilot)... last aku ge umah dia, raya tahun lepas..... nama je duduk dekat. Jumpanya setahun sekali jugak.....lepas maghrib aku baru balik.... sepatutnya dalam program nak singgah 1 umah lagi di Taman Permata.... tapi dah lewat... esok nak jalan jauh lagi...

0 ulasan: