Kami telah dipelawa menyertai Pertandingan Inovasi Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan 2009. Setelah bertungkus lumus menyiapkanya, akhirnya pada hari Rabu CD Pembelajaran Interaktif ini telah selamat diserahkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19, Shah Alam.
Alhamdulilah kami telah berjaya menghasilkan CD Pembelajaran Interaktif Pemasangan Komputer Menggunakan Multimedia. Setiap orang mempunyai tugas masing dalam menghasilkan CD ini.
- Cik Aishah - Ditugaskan mereka komponen menggunakan 3D dan flash.
- Pn. Sulia - Lebih bertumpu kepada isi kandungan CD berkenaan.
- En. Zul - Lebih kepada teknikal.
- Pn. Faridah - Ditugaskan untuk menguji kepada murid-murid keberkesanan CD yang dihasilkan dalam pembelajaran dan pembelajaran.
0 ulasan:
Post a Comment