Saturday, December 26, 2009

KEMALANGAN NGERI MERAGUT RAMAI NYAWA

Copy from Berita Harian Online

IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

KRONOLOGI: Antara kemalangan maut membabitkan bas ekspres
  • 2009

    14 April: Enam termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat membawa 32 penumpang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang.

  • 2008

    8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.

  • 2007

    15 Ogos: Dua puluh termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping.

  • 2006

    31 Julai: Sebelas maut dan 35 cedera termasuk sembilan parah apabila bas pesiaran yang mereka naiki untuk menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Anne's di Bukit Mertajam, terbalik di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan, empat kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Jawi di Butterworth.

  • 2005

    28 Mac: Lima penumpang bas ekspres maut manakala enam lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Sibu-Bintulu di Sibu, Sarawak.

  • 2004

    24 Disember: Lima orang, termasuk dua pelancong asing terbunuh, manakala 17 lagi parah apabila sebuah bas ekspres Kurnia Bistari terhumban ke gaung sedalam 25 meter di Kilometer 12, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Pos Slim, Ipoh.

  • 2003

    1 Disember: Empat belas terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas sekolah yang dijadikan bas tambahan sempena Aidilfitri dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.
Sumber: Berita Harian Online

Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kalau kita renung dan kaji banyak faktor yang menyebabkan kemalangan. Salah satu daripadanya sikap pemandu itu sendiri. Memberi kesedaran kepada pemandu bukan lah satu perkara yg mudah.

Kadang kala dengan melihat, membaca... sedikit sebanyak menginsafkan kita... Mudah2 aku letak artikel kat blog nie dapat menginsafkan diri aku sendiri dan pengunjung yg lain. Dulu aku antara pemandu yang di kira hebat di jalan raya... KL- Jerantut tu sekejap je aku drive... sekarang dah mula ikut had laju.... takut tengok kemalangan sana sini... sekarang dah insaf....

Kadang2 benda nie kita berhati2 org lain pulak yg cuai.

Kekuatan dalaman.....
Mampu mengubah diri sendiri....
Jangan mengharapkan org lain utk mengubah diri kita...
Sedangkan kita tidak berusaha ke arah itu....

0 ulasan: