Tuesday, December 22, 2009

MACAM TAK BAHAYA TAPI KENA BACA

NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI MENGENAI WABAK TAUN/KOLERA


A. Apa itu Penyakit Taun/Kolera?

Penyakit Taun/Kolera adalah sejenis penyakit cirit birit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya. Ia adalah penyakit saluran penghadaman yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali Vibrio cholera.


B. Bagaimana ia merebak?

Penyakit Taun boleh merebak melalui 2 cara utama:

1. Air minum yang tercemar dan tidak dirawat termasuk air batu.

2. Makanan yang tercemar seperti:

a) Makanan laut yang tercemar seperti kerang dan tidak dimasak dengan sempurna.

b) Sayur-sayuran terutamanya yang tidak dimasak dan buah-buahan yang tercemar

c) Makanan yang tercemar semasa penyediaan atau semasa dihidangkan.

C. Tanda dan gejala

Pesakit taun akan mengalami cirit birit yang berpanjangan. Sekiranya keadaan ini tidak mendapat rawatan awal, pesakit boleh mengalami kehilangan air yang teruk dan mengalami tanda-tanda renjatan antaranya seperti lesu, kekejangan otot dan kurang kencing.


D. Mesej untuk penduduk yang terjejas dengan wabak taun/kolera

1. Sentiasa gunakan bekalan air yang selamat, khususnya yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air / Syarikat Pembekal Air (Contoh : SYABAS, AKSB) untuk memasak, membasuh bahan mentah dan peralatan memasak

2. Masak air yang diminum sehingga mendidih ATAU minum air minuman berbungkus ATAU air mineral semulajadi dari pengeluar yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

3. Elakkan minum minuman dengan air batu / ais

4. Digalakkan membawa bekalan air yang telah dimasak semasa perjalanan khususnya ke tempat yang dilanda wabak

4. Elakkan makan makanan mentah atau separuh masak temasuk ulam-ulaman, buah-buahan dan makanan laut seperti kerang

5. Cuci tangan dengan sabun / bahan pembasmi kuman dan air bersih

a) Selepas menggunakan tandas

b) Sebelum menyediakan makanan

c) Sebelum makan

6. Makan makanan yang dimasak dengan sempurna dan masih panas

7. Individu yang mempunyai tanda dan gejala taun DILARANG menyedia, memasak, mengendali atau menghidang makan/minuman

8. Pilih makanan dari premis makanan yang bersih dan mempunyai bekalan air yang selamat

9. Tudung atau lindungi makanan supaya tidak dihinggapi lalat

10.Pastikan tong sampah sentiasa bertutup dan kawasan persekitaran rumah dibersihkan


E. Mesej untuk penduduk yang menganjurkan kenduri di musim cuti/perayaan

Pengendali makanan / tukang masak / orang yang menghidang makanan hendaklah memastikan kebersihan makanan diberi keutamaan :

1. Kebersihan tangan apabila menyedia dan menghidang makanan

2. Gunakan bekalan air paip yang bersih atau air dibotolkan

3. Jangan gunakan air telaga kecuali telah dirawat dengan klorin

4. Masak air minuman sebelum dihidang

5. Elakkan menggunakan air batu

6. Sediakan tempat mencuci tangan yang secukupnya dengan sabun

7. Elakkan menyentuh makanan secara langsung dengan tangan

8. Elakkan menghidang makanan yang mentah seperti ulam-ulaman/buah-buahan yang tidak dikupas serta dibasuh dengan sempurna

9. Pastikan makanan sentiasa dihidangkan dalam keadaan panas

10.Jangan benarkan individu yang mengalami tanda dan gejala taun menyedia, memasak, mengendali atau menghidang makanan / minuman


F. Mesej untuk orang ramai yang melawat tempat-tempat terjejas

1. Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan

2. Makan makanan panas yang baru dimasak

3. Elakkan makanan mentah atau separuh masak termasuk buah-buahan/ulam-ulaman dan makanan laut

4. Digalakkan membawa bekalan air yang telah dimasak

5. Pilih makanan dari premis makanan yang bersih dan mempunyai bekalan air yang selamat

6. tiasa mengutamakan kebersihan diri, terutamanya kebersihan tangan


G. Mesej untuk orang yang baru pulang dari tempat-tempat terjejas

1. Sentiasa memantau tahap kesihatan diri

2. Beri perhatian kepada gejala cirit birit

3. Jangan menyedia atau mengendalikan makanan jika mengalami gejala cirit birit, sebaliknya segera dapatkan rawatan di hospital.


Kiriman kwn den ;

SITI NORAINI BT MD ISA
Penolong Pengarah
Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia


0 ulasan: