Saturday, November 19, 2011

ANAK TIRI AMBIL UPSR TAHUN DEPAN

Sesi persekolahan 2011 telah melabuhkan tirainya secara rasmi hari nie... hari nie sekolah aku telah mengadakan hari penyampaian hadiah dan jamuan akhir tahun di Kantin Sekolah. Tahniah kepada Ajk Kelab Staff kerana berjaya mengadakan jamuan seumpama tu... makanannya pun mewah... sampai boleh bungkus lagi.

Tahun depan anak tiri aku ambil exam UPSR... aku dah janji dengan madu aku nak start kelas tambahan awal... sekurang-kurangnya 3 subjek aku boleh bantu. Memang lah kalau ikutkan madu aku nie... dia tak pernah pun meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anaknya. Tapi bila aku tengok kesungguhan budak nie... aku jadi bersemangat nak ajar.

Hari nie dah sibuk mintak hadiah... dengan mak tirinya... sebab periksa sekolah agama dapat 6A... nanti lah cuti sekolah nie cari hadiah... nak beli hadiah untuk anak buah yang dapat periksa nombor 3 sekali.

Apa yang penting kita berusaha beri yang terbaik untuk anak-anak... ari nie anak tiri aku terima hadiah pun terlupa nak ambil gambar... kalau tak selalu ingat je pun. Lagi pun ari nie kelam kabut dengan macam-macam hal... lagi satu tak ada kamera sendiri nie susah sikit lah.

2 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

oit..teringin sgt nak beranak tiri ke wei???

eeeda said...

lah ko tak tahu ke??? aku kan memang dah ada anak tiri 4 orang...