Saturday, November 19, 2011

KEPUTUSAN UPSR SKSB

Kesibukan membuat persiapan terakhir sebelum cuti persekolah sehingga tidak berkesempatan untuk aku mengupdate blog kesayangan nie dan membuat entry yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan UPSR 2011. Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang tidak berjaya masih ada ruang untuk memperbaiki kesilapan, di masa akan datang.

Seramai 10 orang mendapat 5A dan peratus lulus 69%. Kalau ikutkan merosot sedikit berbanding dengan tahun sebelumnya. Tetapi peratus kelulusan mata pelajaran meningkat. Subjek Matematik paling melonjak daripada 80% lebih pada tahun sebelumnya kepada 90% lebih. Manakala Bahasa Melayu Penulisan, Pemahaman dan Sains juga turut meningkat. Kecuali subjek Bahasa Inggeris sahaja yang merosot sedikit.

Tahniah kepada guru-guru yang mengajar subjek Matematik, terutamanya Kak Gee, Kak Wan, Zue dan aku sendiri. Setelah sekian lama aku tidak mengajar Matematik untuk kelas peperiksaan, tahun nie diberi kepercayaan dan akhirnya keputusan meningkat. Guru yang paling berjaya, adalah guru yang mengajar di kelas belakang. Mereka ini lah yang berusaha bertungkus lumus untuk memastikan murid-murid lulus. Aku tumpang gembira, sebab tersenarai dalam group nie.. he he he he.

Secara peribadi, dan untuk rekod peribadi... aku kurang berjaya. Aku target kelas yang aku ajar 20A dan 17B... tapi apa yang berlaku... hanya 11A, 14B dan 12C. Paling aku sedih ada seorang murid aku mendapat 4A, 1C dan C nya ialah Maths. Kekawan ada jugak yang pujuk... "Ok lah tu kak semua lulus". Memang semua lulus... tapi yang berkualitinya kurang. Kawan aku beri 3 hari je untuk aku bersedih... lepas nie perlu kerja keras lagi untuk tahun hadapan.

Dua tiga hari nie memang aku dok fikir jugak... mungkin salahnya di tempat aku... apa pun kita perlu muhasabah diri... kelemahan-kelemahan yang ada perlu diatasi dengan segera. Ada jugak aku pujuk diri sendiri... tahun pertama mengajar dapat keputusan macam nie ok lah tu... belum ada pengalaman. Tahun kedua, mungkin boleh perbaiki lagi. Sebenarnya ada banyak benda lagi yang perlu aku pelajari daripada mereka yang berpengalaman.

Semalam aku sempat call kawan nie... yang sudah bertahun-tahun mengajar kelas peperiksaan untuk subjek Matematik. Dia mengajar 3 kelas seramai 79 orang murid. Semua muridnya mendapat A. Aku memang bangga lah dengan kawan nie. Aku ingat cuti sekolah nie... nak menuntut apa yang patut daripadanya.

Jadikan semalam sebagai kenangan...
Manakala esok sebagai cabaran...

0 ulasan: