Tuesday, May 17, 2011

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 2

Hari kedua kami di Langkawi sungguh memenatkan kerana semalamnya kami mendaki anak tangga di Tasik Dayang Bunting... Lepas Solat Subuh masing-masing menyambung tidur... sudahnya aktiviti tersasar daripada jadual asal. Dah tu order makanan dah setengah jam tak sampai-sampai. Tak pe lah nak buat macam mana kan...

Hari kedua cuaca memang baik... so kami terus ke cabel car. Kami sampai lebih kurang pukul 11.00 pagi... orang dah mula ramai. Bayaran masuk untuk seorang dikenakan sebanyak RM30. Tak pe lah... bukan selalu pun nak naik kan... so kalau kalau ke Langkawi untuk melawat semua tempat perlu peruntukan lebih kurang RM100... kalau datang sekeluarga 5 orang je... kira lah sendiri berapa. Nanti kalau tak ambil peluang naik rugi... tempat lain tak ada...

Gambar nie di laluan yang agak panjang... memang mencabar bagi mereka yang gayat... kali nie nasib baik aku tak gayat.


Nie bergambar di penghujung sekali... laluan yang panjang tu...

Pemandangan yang sempat aku snap dari dalam cabel car untuk turun... cantik kan... untuk sampai ke sana aku perlu melalui jalan yang sangat mencabar... aku nasihatkan pakai kasut yang bersesuaian untuk tracking... kalau tak jenuh sakit kaki. Anak tangga yang perlu aku panjat bukan sikit tu. Berpeluh lah jugak.

Kalau nak keselesaan pakai kasut rendah macam yang aku pakai je... senang sikit nak mendaki.

Sempat lagi kami berehat seketika kerana kepenatan... mendaki memang aku semput... turun tu ok lagi... nasib baik disediakan port untuk berehat.

Time nie dah mula berkabus... cuaca dah mula gelap nak hujan... nasib baik kami dah nak turun... tapi memang puas lah bergambar kat atas nie... tahun 2004 aku datang... laluan panjang nie masih dalam pembinaan. Tahun 2011, setelah setelah 7 tahun berlalu baru aku berpeluang ke Langkawi lagi.

Bergambar di stesen yang terakhir... masa nie dah kepenatan sangat... sementara menunggu giliran... ambil peluang bergambar.

Tengok anak tangga tu... bukan sikit... cuba bayangkan kalau pakai kasut yang pe pasaraya... mahu melecet kaki... aku setting kamera.. tetiba mat salleh nie.. sempat lagi menyelit. Lepas mendaki anak tangga nie... mesti kaki lenguh... tapi nasib baik kawan aku ada bawa minyak... malam kan harus sapu minyak.

Nie bergambar di pelantar paling atas... untuk meninjau view sekitar pantai... kami tak lama pun kat sini... sebab view tak berapa cantik... hari tu berkabus sikit.

Bergambar di kawasan sekitar cabel car... pantang jumpa tempat yang menarik sikit pasti kami akan bergambar... kenangan perlu diabadikan. Sebab peluang bukan selalu datang kan... hari ini kita dapat bersama... gelak ketawa... esok belum tentu lagi.

0 ulasan: