Monday, May 9, 2011

SEDIHMU TURUT KU RASAI

Janjinya hari nie memang nak keluar makan tengah hari sama-sama... semalam aku tak sampai hati nak ajak keluar... maklumlah Hari Ibu... tentunya dia nak sambut dengan mereka yang bergelar ibu... tambahan pulak dia baru sampai dari Indonesia, tentunya penat. Tapi, dia ada hati jugak nak jumpa dengan aku... aku tolak dengan baik... tak nak dia terasa.

Hari ini, aku cuma free hanya beberapa jam je. Esok, Lusa dah tak free full... Khamis je lah yang ada pun... itu pun dalam beberapa jam je. Hidup aku kerja.... kerja ... kerja. Sama je dengan dia... kerja.. kerja... kerja. Ingat minggu nie dia free... boleh lah hantar aku ke LCCT... tuntutan kerja memaksa dia ke Hong Kong lah pulak Jumaat nie sampai Selasa.

Pukul 11 lebih tadi dia sms, ada masalah yang perlu diselesaikan... orangnya sentiasa ceria... tapi bila ada masalah... aku pun turut bersimpati... petang tadi dia call... masa tu aku tengah solat di Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara. Setiap hari Isnin dan Jumaat aku akan solat Asar di situ. Aku cuba call... berkali-kali tak berjawab... risaunya. Tak pernah dia macam nie. Dari awal aku tahu dia ada masalah... sampai lah lepas Magrib tadi aku tak dapat bercakap dengan dia..

Dalam perjalanan... aku tengok phone ada miss call... rupanya dia call, aku tak perasan. Aku call, nasib baik dia angkat. Leganya dapat dengar suara. Memang tak ceria seperti selalu. Rupanya hari nie kerja dia tidur je... kepala berat sangat katanya memikirkan masalah yang dihadapi. Aku tahu dia ada penyakit... ingatkan dia tension penyakit yang dihadapi. Rupanya masalah lain. Aku hormati pendirianmu untuk tidak berkongsi dengan orang lain tentang masalah yang dihadapi.

Satu je yang aku pinta... cari masa untuk bertenang... jangan bertindak di luar kawalan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin tuhan sedang mengujimu. Aku pernah dengar tazkirah di radio KLfm. Harta kekayaan, anak isteri adalah ujian Allah kepada umatnya.

0 ulasan: