Saturday, May 21, 2011

TERHARUNYA

Hari nie, aku bangun seperti biasa... biasa hujung minggu lah kan... pukul 6.30 a.m.. kalau hari biasa tentunya awal 1 jam. Bersiap-siap untuk menghadiri aktiviti sekolah yang di adakan di Hotel Crystal Crown, Kepong. Kalau majlis makan-makan je... rasanya malas nak turut serta... tapi disebabkan program wajib... so terpaksa lah hadir. Maklum lah minggu nie kerja 7 hari tu.

Macam biasalah, aku datang lewat pun pasti ada tempat duduk bersama kekawan yang lain... sebelum majlis bermula sempat lagi bersembang. Biasa lah janji melayu... kata je majlis bermula pukul 8.00 a.m... tapi pukul 8.30 a.m pun tak mula lagi.
Ada sorang member nie panggil... "kak kenapa muka ko nampak gelap je". Dia tak tahu aku mandi laut... kat Langkawi. Walau pun mandi basahkan separuh badan... kira mandi laut jugak kan.

Bila keluar cerita bercuti... seorang kawan aku nie menyampuk...
"farid akak berdoa malam tu... supaya tak ada berlaku perkara buruk kepada farid... bukan akak tak percayakan farid... tapi akak baca banyak cerita berlaku di Langkawi"

Aku dah mula pelik... kenapa kawan nie fikir sampai macam tu sekali... apa pun terima kasih lah kerana ambil berat tentang keselamatan aku. Rupanya member nie tak tahu... aku pergi bercuti dengan siapa... kalau dia tahu... tak ada lah risau macam tu.

Memang sekarang aku sedang mengenali hati budi seseorang... tapi rasanya tak adalah sampai nak pergi bercuti bersama dan buat kerja-kerja tak elok tu. Lebih baik kawin je kan... dah tentu segalanya halal dan tak perlu takut dengan sesiapa pun.

Lepas makan kat hotel aku terus balik... sebab lepas nie nak bergerak ke Puchong lah pulak... nak dating dengan si dia tu... bukan senang... hujung minggu bagi kami adalah hari yang terlalu sibuk... aku sibuk dengan kerja aku... dia sibuk dengan kerja dia.... seminggu hanya ada sehari je yang free... itu pun dalam sejam.. hingga sejam setengah je dapat jumpa. Nasib baik lah adanya alat komunikasi menghubungkan kami... semalam si dia ke Serikei... dan pagi tadi berada di Bintulu... minggu depan tak tahu lagi ke mana... petang nie baru balik.

Nasib lah kan... jatuh hati dengan orang yang sibuk memanjang.

Hargai lah detik-detik indah....
Supaya kau lebih mengenangnya apabila tiada lagi waktu untuk itu...

2 ulasan:

izman said...

ok la tu, jauh cuma jasad, tapi suara tetap dicuping telinga.

bestnya tengok gambar di langkawi. rasa tak sabar nak bawa keluarga pergi.

eeeda said...

He he he he... ge lah bawak anak2 lagi seronok... tido kat AB Motel... tepi pantai...