Tuesday, December 6, 2011

BELANJA BERHEMAH

JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM 2012

Sudah menjadi lumrah orang makan gaji... mesti menghitung tarikh hari gaji... ari nie aku tempek kat blog kesayangan jadual pembayaran gaji untuk tahun depan. Bila time duit susut je sikit... perkara pertama kita akan tanya kawan...

"Bulan nie gaji masuk berapa haribulan ha???"
Nie soalan baik lagi... mungkin dia masih ada berbaki sikit duit... nak berjimat-jimat sehingga dapat gaji baru.

"Pinjam dulu duit, dapat gaji kan aku bayar??"
Nie yang parah sikit lah... cagarannya dapat gaji nanti dia bayar. Dah habis terus lah tu. Nasib baik ada jugak cagaran.

Kalau tengok jadual di atas tu... cuma 3 bulan je pun gaji awal... bulan Januari, November dan Disember. Tarikh gaji nie penting... supaya kita dapat menguruskan kewangan dengan baik.

Kalau dapat gaji awal tu... macam jugak dapat gaji hujung bulan... settle lah mana yang penting terlebih dahulu. Aku suka mengingatkan diri sindiri dan juga kekawan yang lain.

Jangan mengharapkan kita susah orang tolong...
Sebaliknya berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain...

2 ulasan:

Cikgu Musi said...

saya pulak jenis yang gaji tetap pada 30 hb setiap bulan...bermakna gaji saya hanya akan sentuh pada 30hb jer...tak kiralah dia masuk berapa hb

eeeda said...

Saya pulak bil due pertama 25 hb... kalau masuk 25 tu letih nak kena berkejar ke bank ari tu jugak... klu awal boleh ambil masa nak bayar..