Dua tiga hari yang lepas aku dapat panggilan daripada seorang kenalan... nak minta tolong aku temankan dia ke Penjara Kajang. Dalam hati berdebar-debar... siapa pulak yang masuk penjara??? sebab ahli keluarganya aku kenal... daripada mak ayah hingga lah kepada adik beradiknya.
Kawan aku nie sibuk dok tanya itu... tanya ini... aku pun tak pernah melawat banduan di penjara... so memang tak ada pengalaman langsung. Nasib baik lah aku nie ramai kenalan... so aku call kawan aku nie kebetulan suaminya kerja sebagai warden penjara. Banyak persoalan yang ditanya oleh kawan aku... dapat dijawab olehnya.
Semalam aku sibuk dok tanya kawan aku sorang nie jalan yang paling mudah untuk ke sana... tiba-tiba dia bermurah hati nak temankan kami... terima kasih lah kepada En. N... kerana sudi temankan... so perjalanan kami ke sana sangat lancar. Sanggup En. N nie tukar shiff dengan kawannya... so dia masuk kerja petang... semata-mata nak temankan kami. Pukul 7.45 pagi tadi dah terpacak kat depan umah aku... aku tak tahu lah selaju mana dia pecut. Kereta 2.0 boleh lah kan.
Pukul 9.00 lebih kami dah sampai di Penjara Kajang. First sekali kena daftar di pintu utama... sangat canggih sistem penjara di negara kita... semua data online. Lepas tu kami diberi sekeping kertas untuk ke lokasi seterusnya. Kami dibenarkan drive kereta hingga ke penjara lelaki. Kalau nak jalan kaki jauh jugak lah. Sampai di sana, kami daftar lagi sekali menggunakan sekeping kertas tadi. Lepas tu tunggu giliran.
Pukul 10.30 nama kawan aku dipanggil. Aku pun ambil lah peluang masuk sekali. So di sana banyak tempat untuk tetamu berkomunikasi dengan banduan. Kawan aku pun bercakap lah menggunakan telefon yang disediakan. Aku jadi sedih bila suara kawan aku mula sebak... berair jugak lah matanya. Kalau aku berada di tempatnya pun akan merasai perkara yang sama.
Ada lah kot dalam 30 minit kawan aku bercakap. Mungkin hari minggu... tetamu memang ramai... penuh tempat duduk di ruangan yang disediakan. Hari Jumaat memang tidak ada waktu melawat. Kami pelawat akan dibekalkan sekeping kertas senarai barang yang boleh dibeli untuk banduan... dan membuat bayaran di kaunter yang disediakan.
Selalu aku tengok dalam tv je... tapi hari ini aku lalui sendiri. Pengalaman kali pertama aku melawat banduan di penjara. Akan aku ingat sampai bila-bila.
Kesilapan semalam, jadikan pengalaman...
Hari ini perlu diteruskan dengan seribu keinsafan...

14 ulasan:
boleh jerk nak melawat...ic ngan name penuh tahu boleh lah
Bilakah masa untuk melawat yang dekat di penjara kajang lelaki,terima kasih.
Kakak saya dalam penjara kajang skrg.saya x tau bila dia keluar.blh sy tau mcm MN nk check bila dia keluar.sy tau num IC dia

Call penjara kajang. Tahu tarikh bila masuk situ lagi senang.
Salam . Bg banduan yg bru kira2 dua mnggu dimasukkan ke penjara blh ke nak melawat ? Ada yg kata tunggu surat dan kad lawatan . Betul ke ? So maknanya kena tunggu surat smpai dlu lah baru blh dtg melawat ?
Adik saya baru di hantar ke penjara kajang..mcm mana saya nak tahu berapa lama dia di tahan di sans
Dia di hantar pada tarikh 16.12.2019
abg sy baru dimasukkn Hari Ni ke kajang..bila sy bole melawat?
Kawan baik saya masuk Penjara Kajang Perempuan. Ahli keluarga takde. Macam mana nak melawat dia, sebab saya bukan ada ahli keluarga terdekat.
Post a Comment