Wednesday, December 7, 2011

PERLU KE ADA HANDPHONE

Handphone bukan lagi barang mewah yang perlu dibanggakan... hakikatnya semua orang mampu memilikinya mengikut kemampuan masing-masing. Murid sekolah rendah pun ramai dah ada handphone sendiri. Sebab??? untuk kemudahan.

Handphone nie dah jadi satu keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap orang untuk memudahkan banyak urusan seharian kita.

Handphone akan sentiasa ada keluaran yang terbaru... kalau kita nie jenis yang up to date... dan ingin mengikuti arus kemodenan teknologi telekomunikasi... memang tak terkejar. Duit memang habis ke situ je lah... mana taknya, masa baru keluar confirm lah harga mahal... bila nak jual balik harga dah jatuh... sebab nak beli yang lagi baru.

Tapi kalau duit banyak... tak jadi masalah... tukar lah 10 kali sebulan... tak ada siapa marah.
Itu sebab orang selalu cakap berbelanja mengikut kemampuan.
Dan utamakan yang perlu daripada kehendak.
  • HANDPHONE PERTAMA
Nokia Model 8250 (butterfly)
Buat pertama kalinya aku beli handphone model kat atas tu... dapat bonus tahun 2002... masa tu harga RM750. Habis bonus aku labur kat handphone. Aku beli di Kompleks Pertama KL. Terasa mahalnya... kalau tak kerana bonus... tak adanya aku nak beli.

Simcard aku beli dengan ayah kawan adik aku... masa tu harga dia jual kat aku RM90. Sampai hari nie aku guna nombor tu. Mana boleh tukar... nombor mahal tu... Dah tu, cantik pulak nombornya. Sekarang simcard RM10 dah boleh dapat.

Tu sebab ada orang... bulan nie kita call dapat... call bulan depan dah tak dapat... rupanya dah tukar nombor baru. Bila murah... gini lah pulak perangainya.

Bagi aku nak tukar nombor tidak sama sekali... kalau ada orang yang aku tak suka call... aku tak angkat... ko rajin call lah 100 kali pun... aku buat bodoh je... ko orang ingat dia larat nak call... lama-lama dia stop jugak. Sama lah dengan orang yang hantar sms... ada tu... naik je nama dia terus aku delete. Tak payah baca terus... baca buat sakit hati.

Aku pakai phone nie sampai tahun 2008... 6 tahun aku guna phone butterfly nie. Memang puas dan berbaloi sangat dengan wang yang aku laburkan. Sampai dah tak dengar suara orang yang call. Itu pun aku masih tak tukar... sebab sms boleh guna.
Punya lah sayang...
Tapi kawan aku kata kedukut...

  • HANDPHONE KEDUA
Nokia Model 1208
Last sekali, awal 2009 bakal madu yang tak jadi hadiahkan handphone... siap dia tolong caskan 8 jam... walaupun phone murah... RM80 je... tapi aku memang hargai sangat pemberiannya. Dia beli tu sebab susah sangat nak hubungi aku... call je asyik cakap tak dengar... tak dengar.

Sampai lah ke hari nie... dah 2011. Aku masih guna phone nie... dan masih berfungsi dengan baik. Kira dah 3 tahun jugak le aku pakai. Lagi satu phone nie sangat lasak... jatuh macam mana pun... still dapat berfungsi he he he he tu yang sayang.

Aku pakai phone murah je pun... kat sekolah tu... rajin je kekawan nak meminjam...
"farid pinjam phone sekejap"
Tahu lah tu... depa tak ada kredit... nak call hubby bagi tahu balik lambat ke apa ke??? Phone canggih... tak ada isi...
Phone bodoh... pakai line he he he.
Tu lah jangan pandang sebelah mata yang murah tu...


Pernah lah aku keluar dengan seseorang nie makan... so phone aku berbunyi... biasalah aku sentiasa sibuk dengan macam-macam hal... aku angkat lah phone yang ada dalam hangbag tu... dah lepas sembang... boleh dia cakap apa??
" Orang dah tak pakai phone nie... nanti lah abg belikan yang baru..."
"Tak pe, jangan bazirkan duit beli phone nie... simpan duit tu untuk perkara yang penting... bagi sayang janji boleh call dan sms cukup... sayang bahagia je pun guna phone nie"

Rasanya aku akan tukar... kalau rosak je nanti... selagi boleh guna aku akan guna.

Hari yang lain pulak aku keluar dengan kawan lama... sambil tunggu makanan yang dipesan... aku leka menekan butang untuk menghantar sms... rupanya kawan aku dok perhati je. Last sekali dia tanya aku..
"Ida, gaji ko sekarang berapa??"
"Kenapa ko tanya pasal gaji??? adalah. cukup lah untuk perbelanjaan aku sorang"

"Anak aku pun pakai phone yang ada kamera... ko tukarlah... nanti senang nak simpan gambar kekasih hati... nak mms... dah lah ko tu jarang jumpa"
"Tak pe lah aku bahagia je pun pakai phone nie... dapat call dengan sms dah cukup bagi aku"

Pada aku, handphone nie sangat penting... bergantung kepada keperluan... kalau kita perlu untuk call dan sms... yang murah pun dah cukup.

Mahal tapi tak ada kredit... bila time kecemasan phone berkenaan tak membantu kita pun. Memang betul gaya hidup hari ini memaksa kita ikut arus perkembangan teknologi... tapi jika hanya menyiksa diri... berbaloi ke???

Tepuk dada...
Tanya lah diri sendiri...
Yang melalui kita...
Yang merasai kita...

0 ulasan: