Wednesday, December 7, 2011

LAYAN MOVIE OMBAK RINDU

Dah 2-3 hari tengok kat fb masing-masing bercerita mengenai filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. Teringin jugak nak ge layan... boring tak ada apa nak buat cuti lelama kat umah nie... berperap je... kuar umah pun time lapar je.

Saja ajak member nie... dia pun nak join sekali... apa lagi aku bersiap-siap untuk turun ke Klang. Kami terus gerak ke Jusco Bukit Tinggi... ingat nak masuk pukul 12.30 tengah hari... so boleh balik awal. Tiket sold out tu... budak sekolah yang ramai tengok... last sekali kami ke Habour Place, Port Klang.... ha kat sini memang banyak tiketnya... tapi pukul 2.30 petang lah pulak tayangannya.

Ombak RIndu punya pasal... sanggup tunggu tu... kami solat Zohor siap-siap... pe minum than sambil sembang... kejap je masa berlalu.

Dah agak lama jugak aku tak jumpa member nie... last pun pada 11/11/11... pada tarikh bersejarah ari tu.


Sinopsis cerita:
Cerita nie memang banyak bermain dengan emosi... aku yang keras hati pun boleh menangis lah... ada dua tiga part yang aku menanggis.

Pertama, time Izzah tu kena halau dari rumah... tanpa belas kesian... ketika tu hujan lebat dengan ributnya. Orang nie sanggup buat apa saja demi harta kan... sanggup perjudikan kebahagiaan anak sendiri... semata-mata kerana harta.

Kedua, time suaminya terlibat dalam kemalangan... sedih sangat sebab isteri yang dikasihi tidak dapat menemani semasa suaminya terlantar di hospital... hanya kerana perkahwinan mereka dirahsiakan. Sedangkan Izzah berhak berada di sisi suaminya. Dan suaminya memerlukan sokongan moral daripada isteri tersayang untuk terus hidup.

Banyak lagi lah...
Pengajaran pun banyak jugak dalam cerita nie. Nak tahu kena tengok sendiri. Tak rugi pun bayar tiket RM10.



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Jika kita nak orang menyayangi kita...
Kita perlu menyayangi orang...

0 ulasan: