Sunday, December 18, 2011

NIKAH DI SONGKHLA, THAILAND

Bergambar di stesen bas Kuala Perlis.

Minggu lepas kawan aku call... minta tolong temankan dia ke Kuala Perlis. Aku nie bila kawan minta tolong mula lah tak sampai hati... tambah pulak orang nak bina masjid... so tanpa banyak cerita... aku bersetuju temankan dia ke sana. Kami berdua je... si lelaki memang dah berada di sana beberapa hari. Aku pun tak banyak soal... mungkin dia datang awal nak servey tempat dan sebagainya.

So kami ke sana dengan menaiki bas InterCity Coach... bas nie memang selesa sangat. Aku tak sangka perjalanan ke sana memakan masa 11 jam... giler betul bas nie tak berhenti makan.... bukan bas giler... tapi pemandunya... Bas tersebut hanya berhenti di Stesen Petronas untuk isi minyak je... time tu aku memang dah lapar... so kami beli maggi cup dan makan dalam bas. Aku rasa sekali nie je naik bas ke Perlis... serik aku dibuatnya. Sampai sana dah dekat pukul 9.30 malam. Mana tak lama... segala tempat di singgahnya.

Sampai je di Kuala Perlis, perkara pertama, kena cari kedai makan... tapi tu lah... perut dah masuk angin... makan pun dah tak boleh banyak... walaupun lapar. Lepas tu kami tumpang menginap di rumah kawan nie... so sempat lah berbincang apa yang patut... Esok pepagi kami akan masuk border dan ari tu jugak kami akan balik ke KL.

Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan tindakan kawan aku nie nikah kat siam... dia ajak aku ikut... aku ingat dia kawan aku... dalam masa yang sama aku masih memujuk agar dia batalkan niat tersebut. Pada pandangan aku banyak buruk daripada baiknya. Bagi aku masih ada cara lain... kalau dia nak kahwin dan tak perlu ke sana pun.

Sebelum nie aku ada tanya rakan sekerja aku... Ustaz nie (juru nikah) so dia ada beri beberapa cadangan... dan dia minta sangat jangan kahwin di sana... takut timbul banyak masalah. Pada mulanya ustaz ingat aku yang nak kahwin kat sana. Pada aku buat apa kahwin kat sana... kat sini pun boleh kan... sekali pun aku jadi isteri kedua. Ada hati jugak nak jadi isteri kedua tu... Kawan aku nie, nak kahwin dengan orang bujang... dan dia pulak bukan isteri orang... so tak ada masalah pun nak kahwin kat sini.

Malam tu aku memang tidur awal... so pukul 5.30 pagi aku dah jaga... aku tengok kawan aku nie tak tidur... rupanya semalaman dia tak tidur pun memikirkan. Sekali lagi aku cuba pujuk kawan nie supaya batalkan niatnya. Aku risau jugak... sebab aku tak mohon ke luar negara... memang dalam cuti baru nie aku just mohon ke negara lain... so sekarang nak masuk ke negara lain. Tak ada masalah selamat... kalau jadi apa-apa perkara buruk... panjang ceritanya nanti. Kita terikat dengan peraturan... so kena ikut peraturan lah kalau nak selamat.

Pujuk punya pujuk... akhirnya kawan aku nie bersetuju tak jadi kahwin di sana... aku lega sangat. Aku berjaya... he he he berjaya memujuk. So pepagi tu, kami bertolak balik ke KL... naik kereta bersama dengan yang lelakinya. Tapi dalam perjalanan sunyi sepi le... orang bersemangat nak nikah... tetiba tak jadi. Semua orang bisu... aku kat belakang sorang... apa lagi layan mata je lah.

Nasib baik lah aku ada mak dengan ayah yang tak memilih sangat tentang calon menantunya... Aku cakap calon nie muda daripada aku pun tak pe...
Aku cakap duda anak 4 pun tak pe...
Aku cakap dah nak pencen lagi 2 tahun pun tak pe...
Aku cakap jadi no 2 pun tak pe...

Aku nie suka bergurau dengan mak ayah aku... kalau depa tanya bab bila nak kawin... depa nie yang penting aku suka dengan pilihan aku dan boleh hidup bahagia... siapa pun pilihan aku mereka akan terima. Sebab tu mereka letak kepercayaan 100% kepada aku untuk memilih calon teman hidup. Tapi sampai sekarang belum kutemui lagi.

Moral of the story, nikah tu elok... nikah kat sana pun sah... tapi kita nie terikat dengan undang-undang negara kita... so, buat lah ikut cara yang betul. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Cuma bergantung kepada kita sendiri dalam mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan.

2 ulasan:

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.
Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. Bila cinta sudah menerpa ke jiwa, segalanya nampak indah dan benar. Nasib baik tak diteruskan yea.Jika ikutkan hati mati, ikut rasa binasa. Pelbagai masalah menunggu selepas itu. Alhamdulillah dan tahniah kerana berjaya kaunseling kawan tu. Selamat Tahun Baru Hijrah 1433H dan Selamat Tahun Baru 2012.Semoga success sentiasa.

eeeda said...

Itu je yang termampu saya tolong dia. Siapa tak sayang kawan kan... kita kalau boleh nak tengok dia bahagia hingga ke akhirnya.