Sunday, August 15, 2010

JUADAH BERBUKA

Hari nie balik je dari Puchong aku singgah di UiTM Puncak Perdana beli juadah untuk berbuka. Ingat nak singgah Stadium Shah ALam takut rambang mata pulak. Semalam beli banyak pun tak habis.. konon nak makan round kedua...klu dah jenis bukan pemakan...satu round pun dah mengaku kalah.

So ari nie nak berbelanja aku beringat...takut membazir lagi. Ada 2-3 jenis je aku beli.
  • Nasi Tomato
  • Ikan Keli ( kononnya nak ratah je)
  • Agar-agar (sbg pencuci mulut)
  • Air Jagung susu
Pukul 6.30 p.m, jiran sebelah pulak panggil... ada je tu benda yang dia nak bagi....
  • Udang masak mentega
  • Tempe goreng
Tengok dah banyak menu aku ari nie.... semalam jiran bagi ayam bakar... jenuh aku nak perabis... kalau mcm nie mahu gemuk aku....kebiasaan aku makan sekali je sehari.... tapi tak ada lah banyak macam nie... ini dah lebih nie. Alhamdulilah murah rezeki bulan puasa nie.

0 ulasan: