Saturday, August 14, 2010

SESAT BARAT

Bunga Tahi Ayam semasa di Pesta Flora Putrajaya

Hari nie aku berkejar dari Klang, sebab ada kelas tambahan pukul 10.00 a.m. Sampai umah, ingat terus nak mandi bersiap2 ke sekolah. Sebab nak singgah kat bank kejap. Ada satu dua urusan belum lagi settle. Tut tut tut dapat sms drpd my friend kata tak payah datang sebab murid tak ramai. Murid tak datang nie mesti kes ikut mak bapak mereka balik kampung... bila baca kat fb ada sekolah buat LaDap la.... meeting la...kot ya pun bagi lah peluang kat cikgu2 balik kg berbuka dengan orang tua.

Dulu zaman Pak Lah punya lah dia usahakan supaya ari Sabtu dan Ahad cuti....bagi memastikan kita nie ada masa bersama keluarga. Apa pun kita yang di bawah nie hanya menurut perintah je...orang suruh datang...datang. Orang suruh buat... buat je lah.

Pukul 12.00 p.m member pulak call suruh bank in duit road tax dan insurans keta. Aku terus siap2 kuar ke Bandar Baru Sg. Buloh. Sampai sana nak bank in duit loan umah...klu ikutkan dah lewat 2 ari nie. Malam tadi nak bank in lepas makan out service...rupanya dah pukul 12.00 lebih. Ari nie kat Sg. Buloh Public Bank, mesin cash deposit semua out service. Aku call member kat Klang suruh dia tolong bank in kan.... bukan banyak pun.... RM20 je yang tak cukup lagi....Terima kasih Anis sebab tolong aku.

Ari nie semua urusan bank in duit selesai. Segala bill dalam bulan nie dah dijelaskan. Tinggal nak tunggu bulan depan... yang pasti perbelanjaan akan meningkat...sebab nak buat persiapan untuk hari raya.

Lepas tu aku meneruskan ke perjalanan ke destinasi yang seterusnya... mencari Taman Subang Permata. Ari Jumaat aku dapat offer satu job kat situ. Pusing punya pusing.... cari punya cari... call sana, call sini tanya kawan aku yang memang duduk area situ.... semua tak tahu. Rupanya taman nie tersorok sikit. Atap umah aku nampak...tapi tak tahu nak naik atas bukit tu ikut jalan mana.... satu jam aku sesat entah ke mana2 peginya. Naik seram jugak aku dibuatnay... lalu perkampungan cina. Rupanya kat dalam tu, banyak kilang.

Akhirnya aku berjaya juga sampai... setelah beberapa kali tuan umah tu call beri arahan. Padahal jalan tu memang aku selalu lalu pun...tapi tu lah, memang lorong nak masuk tersorok sikit. Aku try to find at google.... hampeh tak jumpa. Rupanya Taman baru lagi... tapi syok lah umah kat situ.... atas bukit. Macam umah orang kaya2 lah pulak.

Balik dari Subang Permata... aku singgah pasar ramadhan... beli juadah apa yang patut untuk berbuka puasa. Bila sampai umah...apa aku buat??... faham2 je lah apa yang berlaku... klu umah sunyi sepi nie he he he he....

0 ulasan: