Sunday, August 8, 2010

TRIP KE MELAKA

Semalam balik je dari sekolah...aku bersiap2 untuk ke Melaka. Lebih kurang pukul 3 petang aku gerak. Sekarang nie..... klu nak ke selatan, mesti aku akan masuk tol Bukit Jelutong....guna Lebuh Raya Elite and than masuk Lebuh Raya Utara Selatan. Kena bayar tol lebih sikit lah....tapi tak pe lah selesa.... nak selesa kena bayar lebih.

Tujuan aku ke sana sebab member minta tolong teman kan dia.... dia ada hal yang terpaksa diuruskan. Kami janji jumpa kat Banda Hilir. Dia dari Kuantan dan aku dari Kuala Lumpur. Bertemu di Melaka Bandar Bersejarah. Bunyi macam pelik kan....

Dalam perjalanan ke Melaka sempat lagi aku call member sek....kebetulan sek aku ada buat lawatan ke Melaka. Dua buah bas lagi...member aku nie, maklumkan rombongan sekolah dalan perjalanan ke Taman Buaya. Aku apa lagi....ubah haluan. Sepatutnya nak exit tol Alor Gajah...tapi aku teruskan perjalanan untuk exit tol Ayer Keroh.

Sampai kat tol, aduh sport rim aku yang baru tu.... bergeser pulak dengan tembok tepi. Kononnya nak senang Touch n Go....sebaliknya sport rim aku pulak Touch n Go pada tembok simen.

Sampai kat taman Buaya ngam2...geng2 rombongan pun sampai. Aku join sekali masuk dengan group rombongan. Rupanya semua permainan dalam tu...murid je dikenakan bayaran. Gurunya free. Dalam Taman Buaya ada rumah cermin ajaib, rumah hantu...kolam dan buaya.

Anak murid aku seronok lah cikgunya datang. Aku join mereka nie sampai, mereka bertolak balik.. baru aku bertolak ke Banda Hilir. Sebenarnya member sekolah tak tahu pun aku nak datang. Nie semua program last minute

Hari nie Melaka dah banyak berubah. Rasa tak puas ke Melaka sekejap sangat. Ada masa aku nak datang lagi. Last sekali aku turun Melaka pada tahun 2007 kot. Bawak anak buah aku jalan2. Rupanya kakak aku sekeluarga pun ke Melaka. Aku tak ckp dengan dia nak ke Melaka...dia pun tak cakap dengan aku nak ke Melaka.... Nasib baik aku tak buat perkara yang tak elok. Kalau tak mahu kantoi. he he he he...

0 ulasan: