Friday, August 13, 2010

TAMAN SERI PRISTANA

Taman yang sedang rancak membangun... fasa town house nie belum dibuka sepenuhnya. Apa yang membimbangkan aku ialah jem. Sekarang nie aku terpaksa kuar 6.15 a.m....tu pun dah banyak kenderaan yang bertali arus. Bayangkan kalau semua umah orang dah mula duduk....berapa banyak kenderaan akan kuar setiap pagi. Keadaan lalu lintas sudah pasti penuh sesak....

Panorama dari atas bukit Taman Bukit Saujana. Kawasan Taman Seri Pristana yang rancak dalam pembinaan. Aku ingat lagi tahun 2003 ada seorang kawan aku beli kat sini.... masa tu harga baru RM90k. Lima tahun kemudian harga naik 100%. Dulu aku pun tak nak beli kat sini, sebab jauh dalam hutan. Ari nie siapa sangka...boleh naik secepat nie.

Aku dah mula selasa tinggal di kawasan baru nie... mana taknya, kemudahan dah semakin bertambah. Ada petrol pam Petronas dan Shell, Bank Islam, Pasar Raya ACE, mesin ATM Maybank, CIMB, Bank Rakyat. Pejabat Pos, kedai makan tak usah ceta lah.... memang banyak pilihan. Pengangkutan bas sudah mula beroperasi. Kemudahan masjid yang besar dan selesa untuk jemaah menunaikan solat.

Sebenarnya kawasan Saujana Utama dan Seri Pristana bukan jauh pun...hanya bersebelahan je. Sekarang kawasan ni mempunyai dua buah sekolah rendah iaitu SK Seri Pristana dan SK Saujana Utama dan sebuah sekolah menengah iaitu SMK Saujana Utama.

0 ulasan: