Sunday, August 29, 2010

TERPAKSA BUAT PILIHAN

Hari nie, aku dapat sms daripada kawan OUM.... 'Akak kita konvo 20-23 November 2010' rasa macam tak percaya pun ada... aku terus call nak minta kepastian.... jawapannya sama... aku call sorang lagi kawan aku.... jawapan pun sama... memang sah la tu...


Bulan April ari tu....semasa aku nak booking tiket ke Bandung.... patut lah hati aku berat je... dalam hati takut terkena sama dengan tarikh konvo.... nampak gayanya memang betul.

Copy from tenet

Aku dah lama teringin nak ke sana....saja suarakan kepada kwn aku nie....tak sangka pulak dia bermurah hati nak tolong bawa aku makan angin ke sana. Wah seronoknya tak terkira.... bukan senang nak cari kawan yang semata2 ke sana nak temankan kita.... bukan aku sponser pun dia... dia kuar belanja sendiri... siap pe dengan laki bini lagi.

Kebetulan masa nak booking tiket ari tu... tarikh yg nie tiket paling murah. Konon2nya bercuti nak releks kan kepala sebab dah habis belajar...Ikutkan kami ke sana seramai 7 orang... termasuk sorang lagi kawan aku... yang akan konvo sama.... he he he dia pun belum buat keputusan lagi.

copy from tenet

Bila jadi macam nie aku teringat kat Ami... best friend aku. Dulu aku selalu mengharapkan kami akan konvo sama.... tuhan makbulkan permintaan aku.... sepatutnya dia konvo ke 8... tapi atas sebab2 tertentu dia terpaksa konvo ke 9.... dia akan konvo sama dengan aku... kemungkinan besar...aku rasa dia akan sama sidang dengan aku... sebab, group dia mesti dah tak ramai yang belum konvo...

Tapi bila kami ada perselisihan faham.... aku telah berjanji dengan dia... apa pun janji perlu dipegang... aku tak akan jumpa dia, keluarga dia... dan siapa saja yang ada kaitan dengan dia. Dia hanya minta aku penuhi permintaan nie je. Sehingga ke ari ini aku tak pernah lagi mungkir janji dengan dia.... biarlah dia sendiri yang ubah pendiriannya tu....

Kalau dulu masa konvo diploma aku tak datang sebab ko AMi.... tapi kali nie aku anggap secara betulan je kita konvo sama.... biarlah aku pilih ke Bandung... moga aku gembira dengan percutian aku di sana nanti... dan ko pun gembira pada hari konvo tersebut.... lagi satu ko tak perlu lagi nak berlakon seperti yang selalu ko buat selama ini.

Memang tak sangka betul... aku merupakan salah seorang penuntut OUM yang akan konvo pada Majlis Konvokesyen ke 9 pada 20 November 2010 hingga 23 November 2010. Seronok sebab dah nak dapat degree.... cuma tak merasa le nak naik pentas... he he he

copy from tenet

Pada 21 November 2010, salah sorang kawan OUM aku akan melangsungkan perkahwinan.... tarikh perkahwinan telah ditetapkan... bayangkan semua kawan2 oum tak dapat hadir untuk memeriahkan majlis perkahwinannya... kesian kan.... Nak buat macam mana, kita hanya merancang. Kalau ikutkan, kami semua akan berkonvoi beramai2 ke umahnya di Pekan untuk meraikan hari bersejarah tersebut.

Setakat ari nie.. hati aku berat akan pergi ke Bandung. Sebabnya:
  • Tiket dah beli.... perancangan perjalanan telah dibuat, baik penginapan mahupun pengangkutan di sana.
  • Aku dah janji dengan Ami tak akan jumpa dia.... takut terjumpa pulak masa konvo tu nanti....
  • Lagi pun tak ada siapa yang akan datang masa aku konvo tu...

4 ulasan:

~Insan Biasa~ said...

:-(....:-(....
cuti sekolah masa tu....
majlis kawin put3 masa tu...
majlis nikah kawan mprm kita masa tu...

Asalkan pilihan itu buat ko bahagia...aku sokong je...
Asalkan pilihan itu tidak membuatkan ko menyesal kemudian hari...aku ok kan aje...

eeeda said...

Dalam keadaan tertentu memang kita terpaksa buat pilihan...

Kalau kita dah buat keputusan tak perlu nak menyesal sebab itu atas kehendak kita sendiri...

Ticer Syah said...

besnye nak konvo..pegi jgn tak pegi..ehhehe..

eeeda said...

Syah hang konvo sekali jugak ke???... wah meriahnya konvo kali nie ramai gak geng maktab kita konvo...