Monday, August 9, 2010

TERCAPAI KE OBJEKTIF???

Tahun nie, aku seperti jugak tahun sebelumnya....dapat kelas hujung. Bukan semua orang sanggup mengajar kelas hujung nie.... so jangan heran lah kalau ada cikgu yang merayu2 tak nak mengajar kelas hujung. Aku orang bagi kelas mana pun... aku ambil. Malas nak bising2...bukan kerana aku hebat... tapi, kalau semua orang tak nak ajar kelas hujung...siapa nak ajar. Kalau ikut nak senang...semua orang nak senang... ada ke orang nak susah.... pembaca fikir lah sendiri...

Tapi tahun nie aku bersyukur sangat... sebab kelas nie.... muridnya memang dengar cakap. Kalau sebelum nie... tension kepala ajar kelas hujung nie... sebab mereka nie... punya pakej yang lengkap.... perangainya, tahap kebolehannya... semua tu, hilang sabar kita dibuatnya.

Nie mereka sedang menyalin rangka untuk membuat karangan. Guna IT nie jimat sikit tenaga... taip sekali je...tapi boleh guna berulang kali. Kalau rajin upload ke internet... boleh kekawan yang lain gunakan...

Aku tak kisah anak murid aku nak belajar macam mana gaya pun....janji keja mereka siap...tu yang penting. Lagi satu, aku nak mereka seronok belajar Bahasa Melayu. Keseronokkan membuatkan mereka akan tertunggu-tunggu subjek kita he he he.

Lain orang, lain cara penyampaiannya. Bagi aku, apa yang lebih penting objektif yang ingin dicapai tercapai. Tak pandai bukan masalah yang utama bagi aku. Kita ajar ikut tahap pencapaian mereka... yang menjadi masalah kalau murid tidak menghormati guru dan tidak memberi tumpuan semasa belajar.

Murid yang pernah belajar dengan aku dia tahu lah...cara aku macam mana. Aku selalu cakap dengan anak murid aku... menghormati guru tu penting. Keberkatan ilmu tu, datang jika kita menghormati guru. Walau pun sikit je yang kita belajar pada hari tu, tapi akan berkekalan dalam ingatan. Insya Allah.

Kelas hujung nie...menyalin pun lambat. Tapi kita faham, tahap kemampuan mereka. Apa yang lebih penting mereka berusaha untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Sebenarnya ajar kelas hujung nie seronok, kalau kita dapat kawal kelas dengan baik. Kelas hujung buat apa pun jenuh memujuk je lah....orang kata ada anak ramai pening.... aku pening dengan anak kelas hujung je.

Kelas depan senang nak jaga. Beri arahan senang nak faham. Ajar senang nak dapat. Pendek kata memang tak ada masalahnya. Tu cikgu yang sentiasa mengajar kelas depan nie...zon yang selesa. Tak payah nak jerit2. Tapi ajar kelas belakang nie... cikgunya jerit2 tu biasa.... kalau tak jerit tu yang luar biasa....

Guru, kesabaranmu sentiasa diuji...
Guru, tindakanmu sentiasa diperhati...
Guru, cakapmu sentiasa diamati....
Guru, kesungguhanmu dihargai...

Jasamu guru tidak terbalas....
Terima Kasih cikgu.

4 ulasan:

su said...

Salam eeeda,

su pon ade mengajar math kelas hujung ni...suke tgk ade perubahan...tunjuk balik kat diorg...lebih2 lg wat operasi bahagi...ade peningkatan..bukan nk puji diri sendiri..tp kite yg merasa kan? hrp2 diorg dpt sedikit sebanyak ape yg su dan cikgu2 lain ajar...amin...

eeeda said...

Betul tu su,

Tahniah kerana su berani menyahut cabaran untuk mengajar kelas hujung.

Kepuasan,
Kegembiraan...

Seorang guru ialah apabila murid mereka berjaya menguasai sesuatu kemahiran yang diajar.

izan said...

alahai bebudak nie..kak, walaupun diorang nie bljar tak brape sgt, tp terus terang sy syng bebudak nie,gelagat diorang ada jer yang menggelikan hati sy..:-)

izan said...
This comment has been removed by the author.