Monday, October 18, 2010

MAKAN-MAKAN SEMASA TRIP KE PANGKOR

Perancangan ke Pangkor telah dibuat sebelum sambutan Hari Raya. Lama tu... maklumlah, pada asalnya ramai yang berminat. Tapi akhirnya hanya 4 orang je yang mempunyai kelapangan pada 16 Okt dan 17 Okt 2010.

Makan tengah hari di Lumut, sebelum bertolak pulang ke KL. Menu nasi campur, semua gengs orang kampung.... so memang pandai makan ulam-ulaman. Harga RM 25.

Sarapan pagi Sabtu di Tempat Rehat Persimpangan ke Setiawan. My friends bergambar dgn buah hati ke sayanganku. Makan ikut selera masing-masing. Harga RM 12.

Makan Tengah Hari di Pulau Pangkor. Makan nasi campur di Restoran Hassan. Ikut selera tekak masing-masing. Harga RM 21.

Makan malam ari Ahad di Subang Jaya. Harga RM25.

Sarapan pagi di Pangkor. Harga RM RM 18.


Malam sempat lagi kami makan Jangung. Harga RM 8.



Minum petang di tepi pantai. Seronok betul menghirup udara yang segar. Harga RM 6.

Makan malam di Restoran Purnama. Hidangan siakap 3 rasa, tomyam ayam, khailan ikan masin dan telur dada. Harga RM 62.00


Minum petang ke -2 di Pantai Bogak. Sebelum sesi bergambar dan melihat matahari terbenam. Harga RM 4.

Jumlah keseluruhan makan sepanjang trip ke Pangkor untuk 4 orang berjumlah RM 183.



4 ulasan:

Relevan said...

Dema kerap ye makan angin senalorr..

eeeda said...

Tak lah kerap. Cuma masa ada kesempatan nie. Pergi je lah.

izman said...

menarik tu, duduk kat hotel mane, tak cerita pun. ingat nak pegi jugak ni.

eeeda said...

Memang menarik. Bawak lah anak pe bercuti ke sana..