Monday, October 11, 2010

N3 PENUTUP SYAWAL

Cikgu-cikgu bersama anak-anak bergambar sebelum majlis bermula.

Juadah jamuan hari raya yang disediakan oleh Pra Sekolah untuk semua warga sksb.

Susun Wahida, jangan tak susun nanti tak muat tempat.

Kek nie ada anak murid bawa... aku suka sangat...

Saban tahun, beginilah suasana di sksb. Selepas hari raya penuh dengan jamuan hari raya. Termasuk lah pihak kantin tidak pernah melepaskan peluang mengadakan jamuan hari raya untuk semua warga sksb.

Penutup jamuan untuk tahun nie di rumah Kak Nida dan Guru Besar di Desa Moccis. Deme nie berjiran. Aktiviti aku pada 10.10.10 menghadiri jamuan raya yang dah masuk bulan lain dan sesat barat di KL sebab nak cari tempat besday anak kawan aku tak jumpa-jumpa. Paling istemewa dapat melawat kawan sama maktab yang baru mendapat cahaya mata kedua selepas hari raya ari tu.

Aktiviti kunjung mengunjungi merapatkan lagi setia kawan...
Sedetik yang diluangkan memberi seribu makna...
Seribu makna dalam persahabatan...

4 ulasan:

Rohani M.U said...

Salam.
Meriah yea majlisnya di bawah pokok lagi tu dikelilingi flora nan segar.
Memori terindah.......

eeeda said...

Wasalam,
Kemeriahan perlu diteruskan pada tahun akan datang...

suara said...

Teringat zaman sekolah dulu... bila raya dan akhir tahu je, makan.. makan... makan...

eeeda said...

Tu lah akak, sekarang pun suasana tu masih lagi diteruskan. Tengok lah hujung tahun kan kejanya makan je.