Wednesday, October 27, 2010

PRINT SLIP GAJI SENDIRI

Start Bulan 10, slip gaji kena print sendiri. Ada baik gak kan... bila benda kena buat sendiri nie kita lebih hargai. Kalau slip biasa tu, entah mana-mana letak. Bila time nak guna mula lah menglabah mencari sana sini. Lagi satu leceh jugak, kalau asyik nak minta dengan kerani je. Depa pun sibuk. Aku suka je print sendiri. Time nak print lah. Kalau tak guna biar lah kat situ kan...

Senang je...sebenarnya. Tapi saja nak kongsi dengan kekawan yang lain. Terima kasih kepada Suraya Hanin yang ajar aku... aku ajar pulak kat kekawan yang lain.

Langkah 1:
Layari laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia dah kuar muka utama, tengok sebelah kiri. Klik e-Penyata Gaji dan Laporan.

Langkah 2:
Akan keluar seperti paparan di atas. Klik Akses Sistem.

Langkah 3:
Klik pada perkataan pertama kali mendaftar. Untuk membuat pendaftaran. Kali kedua nanti tinggal masuk nombor kad pengenalan dan kata laluan je...lepas tu dah boleh print. Senang kan. Nak kena ada printer lah pulak kan.

Langkah 4:
Lengkapkan maklumat di ruangan yang disediakan. Nombor kad pengenalan.. mesti ingat kan... Nombor gaji, kena tengok lah kat slip gaji. Kata laluan tu, buat lah yang senang nak ingat... dan sahkan kata laluan.

Langkah 5:
Boleh pilih slip gaji bulan berapa kita nak print. Lepas nie dah tak perlu menyusahkan orang. Selain tu boleh print penyata gaji tahunan. Tapi setakat nie, belum boleh diguna. Tandanya aku klik masih kosong.

Langkah 6:
Nie lah rupa slip gaji yang perlu diprint sendiri.

Kita akan lebih menghargai...
Jika sesuatu yang diperolehi dengan kepayahan...

3 ulasan:

Relevan said...

Kos kertas dan dakwat kena tanggung sendiri lah nampaknya..

ONE ZABA said...

selagi gaji tak kena cetak sendiri kira ok la

eeeda said...

relevan:
tu lah tadi dah ada kawan oder nanti klu nak print suruh print hok dia sekali... buat keja part time lah pulak.

One:
Gaji cetak sendiri lagi bagus... kita cetak banyak2... sampai tak habis nak guna.