Monday, October 18, 2010

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR

Buat pertama kalinya aku berpeluang bercuti bersama dengan rakan-rakan semasa di Tingkatan 6 Sek. Men. Jerantut 96/97. Walaupun aku berada di tingkatan 6 hanya seminggu, tetapi kami masih berhubung sehingga kini. Sebenarnya aku dah kenal dengan mereka nie semasa di tingkatan 5 lagi kerana sama-sama terpilih untuk mewakili sekolah masing-masing bagi menjayakan Projek Gemilang Daerah.

Kemesraan kami dah lama terjalin cuma terpisah sementara waktu kerana melanjutkan pelajaran. Masa tu Asma menuntut di UPM Serdang, Deqna menuntut di Universiti Sabah, Fozy menuntut di Universiti di Sarawak dan aku di Seremban. Tapi jodoh kami kuat, bertemu kembali di Kuala Lumpur.

Perancang percutian ini telah dibuat lebih awal, iaitu sebelum hari raya lagi. Aku telah diamanahkan untuk menguruskan percutian nie. First time belajar buat bajet, buat jadual untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. Sebelum ini, kalau aku pe bercuti ke mana pun... main redah je.

Bagi memastikan semua kawan happy dan berpuas hati, aku cuba buat yang terbaik. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dengan izinNYA. Kekawan sibuk suruh buat trip ke Langkawi pulak lepas nie. Insya Allah.

Hari Jumaat malam aku jemput Fozy di KTM Batu 3, dan bergerak ke Subang Jaya untuk menjemput Deqna. Depa nie tak ada transpot. Nasib baik lah Asma, hubby dia sanggup hantar sampai umah aku. Kalau tak bengkok aku... nak jemput kat keramat... berpusing tu... So malam tu semua tido umah aku. Sebab ikut perancangan kami akan bergerak seawal pukul 7.00 am.

Kereta aku, merupakan transpot yang penting untuk membawa kami hingga ke Jeti Lumut. Kawan aku punya lah kecut perut aku drive. Aku rasa, dah ok pemanduan aku pada hari tu. Mungkin dia tak biasa. Aku pulak kalau orang drive... aku tak yakin. Sanggup aku drive pergi dan balik tu. Bukan sayang keta... tapi tu lah tak yakin orang drive... padahal orang pun tak yakin aku drive...laju katanya.
  • Minyak keta dari Sg Buloh - Lumut - Sg Buloh = RM100 (tak habis pun aku boleh buat pe sek 2 hari)
  • Parking = RM 10 (berbumbung dan keselamatan terjamin, 24 jam = RM10)
Tiket feri beli di Lumut untuk pergi dan balik serta open. Feri mana-mana boleh naik. So tak perlu risau tentang pengangkutan feri ke sana.
  • RM 10 ( perjalanan pergi dan balik)
Feri yang membawa kami ke destinasi Pulau Pangkor. Perjalanan bukan lama pun. So tak perlu risau. Tapi kalau pergi Indonesia naik feri, aku serik.

Kalau nak sewa kereta atau motor.... sampai di jeti pangkor baru berurusan terus dengan owner.
  • Sewa kereta Iswara = RM80 sehari
  • Minyak = RM 10 ( memang habis satu pulau kami pusing.)

Penginapan di sana memang aku telah tempah awal, iaitu sebelum hari raya lagi. Kebetulan aku pernah menginap di sini. So memang dah tahu kemudahan yang disediakan dan amat berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Flora Beach Resort nie terletak di Teluk Nipah.

Di sini seronoknya, senang nak makan. Pada waktu pagi terdapat gerai yang menjual sarapan dan sebelah malam terdapat gerai yang menjual makanan laut di sepanjang pantai. Sebaiknya jika ingin ke sana, buat tempahan awal. Jangan sewa dengan ulat yang terdapat di Lumut. Selalunya harga berbeza.

  • Room Rates untuk weekend = RM95 (standard room)
  • Lengkap dengan penghawa dingin, tv, air panas, almari isi pakaian. Memang selesa lah.

Jika kekawan masih tercari-cari tempat penginapan di Pangkor... pilih lah tempat nie. Boleh berhubung terus dengan pengusahanya untuk membuat tempahan. Hubungi di talian 05-685 3878 atau 019-5674350. (Suri bt Hj. Ahmad Sapawi). Kak Yong, saya siap promote kat blog lagi. Lain kali pe mana tau dapat diskaun he he he. Kak Yong nie very friendly orangnya.

Kami berempat, sewa dua bilik supaya lebih selesai. Tu yang lena sampai ke pagi.... tak sedar diri. Kalau kawan tak call mahu tak jaga lagi kot. Kawan aku nie pulak call nak ajak aku pe Genting Highland. Taska Honey Tasmin buat trip ke sana secara percuma. Aku yang tak ada anak pun dapat free ke... memenuhi kuota. Untung gak sekolah aku ada taska.

Jadi lah pengguna yang bijak... dan Rancanglah perjalanan anda..

0 ulasan: