Semalam dari pagi sampai ke balik aku kerjakan buku SPBT. Dah 3 tahun aku jadi penyelaras SPBT untuk Tahun 6. Mungkin tahun depan dah boleh letak jawatan kot.... Suka-suka hati aku je kan....macam boleh tentukan sendiri nak pegang jawatan apa.
Semalam aku langsung tak libatkan guru kelas semasa pemulangan buku teks. Aku hanya dibantu oleh Hajjah Zakiah. Terima kasih Hajjah kerana sudi bantu akak.
Lagi pun pemulangan buku bukan susah pun. Kesian kekawan, yang rata-rata tengah sibuk dengan macam-macam perkara yang perlu disiapkan. Apa lah salahnya kita bantu membantu. Murid yang hilang buku, atau pun rosak... aku akan terus beri borang pemberitahuan kepada ibu bapa. Mereka boleh buat pembayaran melalui aku sendiri. Senang ceta, Tahun 6 berurusan dengan aku je.
Harap tahun nie ada pembaharuan dan lebih bersistematik.
Nasib baik lah ada anak-anak aku dari kelas Anggerik nie tolong menyusun mengikut bilangan yang sepatutnya. Terima kasih kepada Alia, Ain dan Lailatul kerana tolong cikgu.
Sempat lagi bergambar dengan buku yang telah siap diikat.... tinggal tunggu masa untuk diaggihkan kepada tahun 5 sekarang.
Insya Allah kerja mengaggihkan buku kepada murid Tahun 5 nie, aku akan laku sendiri supaya senang keja aku, untuk mengira stok dan sebagainya. Gila kuasa kan... semua nak buat sendiri. Tu balik malam tadi sakit-sakit badan. Siap pe mengurut lagi. Baru lega sikit.
Aku perlu mengikat lebih kurang 165 set buku yang setipa set berjumlah 12 buah dan 10 buah bagi murid moral. Kalau dah ikat macam nie.... ini dah kira senang banyak. Murid datang beratur je... aggih dan tick nama murid yang terima. Selesai satu masalah.
Tengok rakan aku bersemangat mengikat buku tu.... tahniah Izan. Teruskan usaha. Tu.. baru 2 kelas... ada 3 kelas lagi. Biar susah sekarang... tapi lepas nie senang keja kita.
Benda yang free kita kurang hargai...
Bila kena bayar barulah bernilai...

2 ulasan:
baju yg bergantungan tu masuk pakej SPBT jugak ke!!!
one:
Tu baju nak berniaga ari ISnin nie.. biasa lah bilik spbt ciput.... tu tumpang bilik KH... serabuk dgn brg KH lagi... serabuk dengan buku SPBT lagi.. tu kena serah cepat2 kat budak. Takut tenggelam dek banjir pulak.
Post a Comment