Hari Ahad sebelum balik kami sempat lah pe shopping buah tangan di kilang makanan ringan dan membeli ikan masin di pekan Pangkor. Seronoknya pe bercuti ramai-rami nie... bila satu kepala. Pendek kata semua program dapat berjalan dengan lancar.
Tepat pukul 1.00 p.m kami pulangkan keta sewa di jeti Pangkor. Letak je kunci dalam keta, tak jadi masalah di sini.... tak ada siapa nak curi. Lagi pun kalau curi sekali pun, nak ke mana je. Alih-alih boleh pusing dalam pulau nie gak.
Sebelum bertolak balik, sempat lagi bergambar di Jeti Pangkor. Kami target nak bergambar 500 keping....tapi tak tercapai pun. Hanya mampu bergambar 250 keping je... itu pun nak termuntah.... posing sana sini. Rupanya penat jugak bergambar nie. Tapi untuk kenangan punya pasal.... layan gak le.
Minggu nie, nak ikutkan pengunjung tak lah terlalu ramai. So keadaan di jeti agak terkawal dan selesa untuk berjalan. Mungkin di jeti nie mengamalkan feri open so, tak ada masalah untuk mengejar feri. Jika penuh, tunggu je lah feri seterusnya.
Nasib baik aku pernah ke pulau nie, so pergerakkan dan aktiviti berjalan seperti yang dirancang. Cuma aku sedikit terkilan kerana Deqna teringin nak makan ikan bakar, tapi tak kesampaian dan dia beriya nak mandi pantai. Tapi kami bertiga tak bawak pulak pakaian mandi.... dan sebenarnya, kami nie kurang berminat untuk mandi pantai.
Pantai di sini memang bersih dan cantik sangat.
Dah selamat sampai di Jeti Lumut. Bergambar sebelum meninggalkan lumut untuk meneruskan destinasi seterusnya. Terminal Jeti Lumut nie cantik sangat. Masa nie, matahari sangat terik, sehingga menyukarkan untuk kami membesarkan mata. Tu yg sepet je... he he he macam dalam gambar nie nampak mata kami yang disepetkan tu...
Ada sebab, kenapa aku suka setting sendiri untuk ambil gambar. Selalunya jika minta tolong orang, mereka tak faham perangai kamera kita. Sehingga kadang-kadang gambar yang dihasilkan kurang memuaskan (ala2 gegar.... he he he.) biar susah janji puas hati kan.
Memang kami berjalan sakan. Sempat lagi lajak ke Teluk Intan semata-mata nak bergambar di menara condong. Aku macam seorang yang cukup sibuk. Setting kamera, sambil tu menelefon kawan. Aku janji nak jumpa di menara nie pukul 3.00 p.m. Berkali-kali aku call tak berjawab. Sms aku hantar tak berbalas. Lama jugak kami di sini.... hampir sejam.
Mungkin tak ada rezeki kami nak jumpa agaknya. Aku ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Maklum lah perjalanan kami masih jauh. Drivenya sorang je... kan dah lewat malam payah pulak.
Di pertengahan jalan, aku minta Asma call kawan aku Izan...(Farizan Ahmad MT/Sains-MT1) untuk maklumkan kepadanya, kami tak boleh tunggu sebab hari dah lewat. Tapi kawan aku nie beriya jugak nak jumpa dengan aku, dan minta aku tunggu di perjalanan.
Aku terkilan jugak lah, dia tak angkat phone sebab sibuk di dapur untuk menyediakan mee goreng. Rupanya dia tak perasaan telefon di dalam bilik. Izan sanggup angkut anaknya yang keempat yang berusia 1 tahun setengah sedang tidur.... semata-mata nak jumpa aku. Tiba-tiba aku rasa sebak. Dia angkut 3 orang anaknya....seorang lagi ikut abahnya.
Kalau dah rezeki kan.... macam mana susah sekali pun.... dengan kehendakNYA kami pertemukan setelah hampir 11 tahun tak jumpa. Selepas je tamat pengajian di IPRM kami tak pernah berjumpa. Sehingga lah kami di pertemukan di tepi ladang kelapa sawit... sebelum persimpangan ke LUmut.
Percutian yang memberi seribu kenangan....
Kenangan yang bisa membuatkan aku tersenyum...
0 ulasan:
Post a Comment