Thursday, October 29, 2009

LAMBAIAN KAABAH

Sumbangan Sir Mokthar besar dalam bidang PA sistem sksb....
Sir berbaju biru....

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada Sir Mokhtar pada malam nie.....29 Oktober 2009 jam 10.00 malam. Semoga beroleh kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna.

Aku tak tahu pun Sir nak ke tanah suci..... Nasib baik Hafiz yg buka mulut.... Bukan apa sir nie pun baru je dapat tahu.... pada hari selasa..... Pagi tu dia ada lagi kat sekolah nak settle apa yang patut... tengah hari memang dah hilang.... ya lah mesti banyak kerja yang perlu diuruskan.... Rezeki Sir tahun nie dapat ke sana....

Aku ingat dah tak berpeluang nak mengucapkan selamat jalan dan minta maaf.
"Alah tak dapat nak suruh doakan" sambil berseloroh dengan keng kawan....Tak sangka ada pulak yang menyampuk tu....
Nak jugak suruh doa untuk dia sekali....ha ha... tak lain, mesti yang bujang kan.... tak kan yg dah ada laki bini kot.... Siapa lagi kalau bukan Nana dan Wan....

Tak sangka ari nie pukul 1.40 ptg Sir datang nak pulang kan laptop kat makmal.... kebetulan aku pun ada kat situ so... dapat lah kami jumpa and than minta maaf.... Kami memang segan sebenarnya dengan Sir kalau nak suruh pun.... tapi bila dia offer tu.... kami ambil peluang...
"Sir minta tolong doakan supaya kami cepat bertemu..... " aku tulis pada kertas... nanti takut dia lupa.

Selamat berangkat ke Tanah Suci.

2 ulasan:

relevan said...

Err..eeeda bila pulak nak berangkat ke Tanah Suci?..dah pergi belum?..

eeeda said...

Belum pergi lagi....ada rezeki insya Allah.