Tuesday, August 10, 2010

AKHBAR DIDIK DALAM P&P

Setiap hari Isnin aku akan gunakan sisipan didik dalam Berita Harian untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan. Semua murid kelas 5 Mawar dan 5 Melor diminta untuk membelinya. Seminggu hanya RM 1.00. Aku rasa tidak membebankan. Tapi biasalah, dalam ramai2 tu akan ada murid yang tak beli... mereka akan memberikan pelbagai alasan. Aku tak kisah mereka tak beli. Janji kerja yang aku suruh buat siap. Terpulanglah mcm mana mereka nak buat. Kalau yang bergambar tu mereka nak lukis ke apa ke... apa yang penting siap....kalau tak siap, siap lah.....

Bagi subjek Matematik, aku lebih fokus kepada menjawab soalan yang disediakan. Sekurang-kurangnya mereka diberi sedikit pendedahan awal soalan berbentuk peperiksaan yang sebenar. Penyelesaian bagi setiap soalan mereka akan buat dalam kertas kajang. Semua bahan sisipan didik akan dimasukkan dalam satu fail tebal setiap orang. Fail nie mereka akan simpan di dalam kelas.

Aku suka bilik nie sebab ada penghawa dingin. Walaupun kadang2 aku bawak masuk murid ke sini bukan nak menggunakan komputer pun. Sebenarnya bilik nie, komputer dah banyak tak berfungsi. Sekarang dalam proses untuk hapus kira. Insya Allah ada rezeki dapat komputer baru.

Nie ok lagi aku bawa masuk ciber didik.... kadang2 aku bawak anak2 nie belajar di astaka...asyik belajar dalam kelas je mereka pun boring. Setakat nie, bawah pokok je belum lagi. Sekolah aku nie tak heran kalau belajar di luar kelas, sebab banyak pondok-pondok yang boleh digunakan. Sekali sekala rasanya tak salah, beri pengalaman kepada murid untuk merasai suasana baru.

Pengalaman mengajar murid supaya lebih menghargai, kemudahan yang disediakan. Sebab ada antara mereka merunggut tak selesa... penat belajar secara duduk...tahu pun. Bila bagi peluang belajar dalam kelas, malas nak buat keja. Sekarang baru mereka tahu.

Beri peluang supaya mereka tahu...
Apa yang mereka tak tahu.....

Jangan beri peluang mereka buat2 tak tahu....
Sebab mereka tak berusah untuk ambil tahu...

0 ulasan: