Wednesday, August 4, 2010

AKU & PHONE

Bagi aku phone nie sangat penting... perkara yang perlu diberi perhatian bila bersama dengan phone... pertama mesti sentiasa ada bateri.... yang kedua mesti ada kredit... nak selamat pakai line. Tapi kalau rasa diri tidak berdisiplin, jangan pakai line nanti bil melambung siapa yang susah.... apa pun disiplin tu penting. Aku ada 3 ceta, melibatkan aku dan phone.....

Cerita 1.
Minggu lepas aku dpt sms drpd my friend nie....rakan sekerja kat sekolah aku.
'Mula2 kau duduk kat bengkel, kak ana mengandung. Kau duduk kat ciber aishah mengandung, ko duduk kat Pss su pulak mengandung....tahun depan pasti dapat jodoh punya'

Aku reply sms kawan nie,
'Ok lah tu...klu saya yg mengandung kan jadi masalah...kepoh satu dunia.'

'Lepas ni kau pi duduk kat makmal sains pulak. tengok kamis mengandung tak'

Aku reply sms kawan nie,
'Akak nie, kalau sy pe duduk situ kamis mengadung, masalah besar tu' sebab kamis tu cikgu lelaki...

Cerita 2.
Minggu lepas ada kawan aku call, dah lama dia tak call. Kebetulan dia guna nombor lain. So biasalah aku, bila nombor tak biasa nie aku target parents le....so cakap protol lah sikit. Tak ada lah hu ha...hu ha...

"siapa nie ?"
"Tak kenal ke?"
"betul nie sy tak cam suara nie"
"Ijan lah"
Rupanya kawan aku kat kg call. Saja aku bagi tahu dia, ida nie ada 2 kategori org je yang selalu call....kalau tak parent, bini orang. Member aku nie terkejut. Menyesal dia kata tak menyamar bini orang tadi. Boleh mengenakan ida.
"Ijan, umo sebaya kita nie...memang ramai dah bini orang. So tak heranlah kalau ramai bini orang yang call"

Member aku punya gelak....dia kata aku buat lawak.. aku tahu dia mesti ingat aku memang betul ada berkawan dengan laki orang. he he he he.....

Cerita 3.
Baru2 nie, aku ada call member nie....saja nak ajak minum. Maklumlah dah lama tak sembang. Kadang2 orang nie takut nak kuar minum klu kawan ajak....satu, takut ajak masuk Skim Cepat Kaya....kedua, takut orang nak minta tolong....ketiga takut orang nak jual entah apa2 barang. Tapi aku, klu aku ajak kuar minum tu.... memang nak minum, dan sembang2 tanya khabar. So jangan takut nak kuar dengan aku...

Member aku nie, tak sedap hati bila aku ajak minum. Dia kata mesti ada sesuatu yang tak kena. Tapi sebenarnya aku nak bayar hutang dia. Dia pun dah lupa aku berhutang dengan dia. Member aku nie risau...dan paling aku geli hati...laki dia pun risau. Risau apa aku pun tak tahu....

Sampai time yang dijanjikan....kami pun pe minum. Alah kat belakang sekolah je....saja nak borak2... lama tak jumpa. Dulu time sama sekolah selalu kuar makan2, ari Jumaat. Sekarang dah tak ada semua tu. Kami cuma sembang pasal sekolah...sembang pasal nak pe Bandung...sembang pasal dia bawak member2 bercuti kat Kuching...dan mcm2 lagi.

Bila dah nak balik. Aku pun buka ceta.
"akak sebenarnya, sy nak bayar hutang. kebetulan ada duit lebih bulan nie....berapa lagi hutang saya dengan akak?"

"Farid ada hutang dengan akak ke?, rasanya dah tak ada...akak pun dah tak ingat"
"Kalau akak tak ingat...saya pakai yang saya catat lah...RM150"
Masalahnya, kawan aku nie...dah banyak kali aku hulur nak bayar....dia tak nak ambil....suruh aku guna dulu...dia tahu aku tengah sesak masa tu.

"banyaknya farid?"

Habis itu jumlah yang masih terhutang. Aku tak senang hati selagi tak bayar hutang orang. Bukan apa, aku nie tinggal sorang. Apa pun kena catat. Sekirannya berlaku apa2 kepada aku....senang waris nak jelaskan mana yang belum dijelaskan.

'Hidup Tenang Tanpa Hutang'

2 ulasan:

ONE ZABA said...

hutang pose...hutang jasa mak ayah jgn lupa.

eeeda said...

One:
Betul tu...hutang puasa nanti jenuh orang nak kena bayar.

Hutang mak ayah, tu kena berbakti kepada mereka selagi mereka masih hidup.