Tuesday, August 10, 2010

BENGKEL PENGGUNAAN AKHBAR DALAM DARJAH

Semalam aku terpilih...he he he he ya ke terpilih nie.... Sebenarnya aku nak beri peluang nie kepada guru yang baru mengajar Bahasa Melayu... tapi kebetulan semalam ramai yang ada hal. Aku tak kisah kalau nak pe kursus ke....bengkel ke... ya lah org single mingle nie...tak payah nak fikir sapo pun. Ilmu jangan ditolak.

Bengkel penggunaan akhbar dalam darjah nie telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Bermula pada pukul 8.30 pagi. Tapi biasalah KL nie kena kuar awal... trafic bukan boleh jangka. Sampai kat sana, pihak penganjur telah menyediakan sarapan pagi. So apa pun sarapan dulu. Padahal kat sekolah aku dah pekena teh tarik dan sebiji kuih. Tu dah menjadi rutin aku bersama kekawan... tak sah kalau sehari tak sarapan pagi. Nie bulan puasa, sebulan lah tak ada sembang pagi.

Sesi pembentangan hasil kerja kumpulan. Group aku semua cikgu muda2....dok main tolak2 lah pulak. AKu dah naik segan sebab aku paling senior dalam group tu. Nak tak nak, aku kena lah bentang.... belasah je lah. janji group aku ada wakil.

Nie lah hasil kerja kumpulan aku.... membina rangka karangan yang bertajuk 'Gaya Hidup Sihat Menjamin Hidup Bahagia'

Rata2 peserta terdiri daripada guru2 muda remaja belaka.

Terima kasih kepada Berita Harian kerana berjaya mengadakan bengkel penggunaan ADD. Di harap input ini dapat dikongsi kepada rakan2 yang lain. Terima kasih jugak kerana pihak pengajur dapat menyediakan makan tengah hari yang sungguh menyelerakan dan paling tak boleh aku lupa, sepanjang 11 tahun berkhidmat, ini kali pertama dapat elaun perjalanan yang dibayar secara cash. Walaupun sedikit, tetapi kenangan tu yang lebih penting.

Mengejar harta tanpa ilmu.....
Ibarat mengejar bayang-bayang...

0 ulasan: