Kadang2 aku pelik jugak... ibu bapa nie. Perhimpunan lama, dikatanya curi masa pengajaran dan pembelajaran. Kalau tak curi masa... bila masa pulak kita nak adakan aktiviti sebegini.
Kita selalu pandai bercakap je... pelaksanaannya, kita tak tahu... sebab kita tidak berada dalam bidang tu. Kita selalu nak anak kita yang terbaik. Cikgu nie, bukan ajar anak kita pandai dalam pelajaran je semata2....tapi kita nak lebih daripada itu. Kemenjadian murid tu penting...
Pernah suatu ketika... sekolah buat program kutip sampah... ada parent nie, tak suka anak dia kutip sampah. So dia hantar selepas bunyi loceng.
Siap cakap lagi " saya hantar anak saya ke sekolah suruh belajar supaya jadi pandai...bukan suruh kutip sampah"
Masalahnya bukan anak dia sorang je kutip sampah...semua murid. Niat kita nak melatih murid menjaga kebersihan. Supaya, bila dia kena kutip sampah... mereka tak akan buang sampah merata-rata...sebab nanti kena kutip sendiri.
Negara kita memang dah merdeka...tapi minda sesetengah masyarakat kita masih belum merdeka.
Kemerdekaan yang dikecapi...
Perlu dijaga dan dihargai...
Jangan terlalu seronok menikmati...
Sehingga kita jadi bangsa lupa diri...

2 ulasan:
beb.. nnti aku pos kat hang..cian lak tgk kat sana takde.. dalam iklan ada kuar maa.. cuba ko p kat giant..bahagian jual bendera..aku rasa dabis la kot..kuikuikui
heh heh heh...tu gunanya kawan... tak ada kat sini..kat tempat kawan ada boleh tolong pos.
Post a Comment