Monday, August 16, 2010

LANGIT TAK SENTIASA CERAH

Hari nie... bangun je tido pagi tadi, terasa beratnya kepala...tapi aku gagah jugak ke sekolah. Aku tak suka poteng...kecuali ada hal yang tak dapat dielakkan. Ari nie, kelas aku memang penuh. Tapi nasib baik lah muridnya baik-baik. Terima kasih kerana memahami keadaan gurumu ini. Masuk kelas yang akhir aku dah tak tahan...sakit sangat. So aku minta tolong member picikkan.... lega sikit.

Tapi nak drive keta...aku tak berani. Takut apa2 hal kan susah. So aku minta tolong member nie hantar. Keta aku tinggal kat sekolah. Sampai umah aku terus tido....tak ingat dunia. Pukul 5.20 p.m baru jaga. Itu pun banyak call daripada kekawan yg aku tak angkat dan ada jugak yang aku bercakap dalam mamai2.

Paling aku sedih bila duduk sorang nie, dah lah tak sihat... kepala masih berat. Keta tak ada, patah kaki dibuatnya. So tak dapat lah kuar pe beli makanan untuk berbuka ari nie. Jenis aku memang segan nak minta tolong orang. Padahal boleh je kirim kat jiran sebelah nie beli nasi ayam... masa dia pe ambil anak sekolah. Segan punya pasal rela aku berbuka dengan buah kurma dan air. Itu je lah juadah aku berbuka malam nie.

Kan pukul 10.00 nanti member jemput tido umah dia... nie nak kena singgah kedai beli makan dulu. Kalau tak tido umah dia, esok aku nak ge keja naik apa pulak kan...

Bila time sakit mcm nie rasa nak cari teman.
Tapi bila sihat rasa tak ada teman pun tak pe.

2 ulasan:

blueCITY® said...

salam eeda,
semoga cikgu diberkati Allah swt selalu, amin.

hmmm sama dgn saya juga.dah lama tinggal sendirian tak nak cari house mata dah. time sihat okay sahaja, kadang2 tuhan bagi sakit, mulalah fikir kalau ada kawan, bolehlah diharap hantar ke kelinik segala kan?

begitu juga saya, segan nak susahkan sesapa, tapi time kereta rosak, kena juga harapkan kawan2 lelaki dan org lain kan?

ginilah hakikat, kita masih perlukan org lain dalam hidup kita...

eeeda said...

Bluecity:
Wasalam.

Begitulah lumrah kehidupan nie... bila berdua...rasa lbh selesa sorang.
Bila sorang, teringin pulak nak berdua.

Apa pun corak kehidupan ini... tetap ada baik atau buruknya.