Thursday, August 12, 2010

KOLEKSI SMS MENYAMBUT RAMADHAN

Snap masa Pesta Flora Putrajaya (Kamera kopak je... DSLR coming soon he he he )

Terima kasih bebanyak kepada semua kenalan, yang sudi mengirimkan sms sempena menyambut bulan ramadhan. Hari ini, merupakan hari ke3 kita menunaikan ibadah puasa. Aku cukup menghargai setiap sms rakan2. Sebagai tanda menghargainya, aku akan abadikan di dalam blog aku. Mungkin juga boleh dibaca oleh orang lain.

Selamt datang ke penerbangan RAMADHAN AIR,
No. 1431 H, tujuan SYURGA,
Dengan ketinggian jarak 30 hari,
Mohon tegakkan kursi IMAN,
Kuatkan tali pinggang TAQWA,
Penerbangan ini bebas diri asap MAKSIAT,
Pilot dan crew pesawat mengucapkan,
"MARHABAN YA RAMADHAN AL MUBARAK"
"SELAMAT BERPUASA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
~Tn. Hj. Nan (29 Julai 2010 - 12:59:05)~

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK"
Semoga mendapat keberkatan dan Rahmat dibulan yang mulia ini.
~Roza TUDM (10 Ogos 2010 - 22:27:49)~

Salam tuan, saya Syaaban, Ramadhan akan datang
mengunjungi tuan tak lama lagi bersama isterinya
iaitu Maghfirah & kedua-dua anaknya
Iaitu Rahmat & Berkat.
Mereka akan ditemani oleh cucunya
Iaitu Quran, zakat, iftar, sahur, sedekah & tarawih
serta munajat.
Mereka akan pulang sebulan nanti dengan
Eid airlines.... Hargai mereka & Anda akan mendapat
Aljaizatul Uzma iaitu Lailatul qadar.
AHLAN SAHLAN RAMADHAN
~Jiran Seri Pristanan ( 10 Ogos 2010 - 22:35:56 )~
~Tinta Semalam (10 Ogos 2010 - 23:32:07)~
~Sarizi Jenka (10 Ogos 2010 - 16:25:29)~
~Suliza bt Abdul Rahman (10 Ogos 2010 - 18:14:14)~

Hidup hanya sekali
Dosa jangan ditambah
Amal jangan ditolak
Cinta jangan dibahagi

Gugur bunga kerana layu
Gugur iman kerana nafsu
Gugur cinta kerana cemburu

Ketawa kerana bahagia
Menangis kerana sedih
Bertaubat kerana berdosa
BERSIHKAN HATI
SUCIKAN JIWA

Mari jalinkan hati sabar & taqwal
Berbuat dengan penuh keyakinan & ikhlas
SELAMAT MENYAMBUT BULAN SUCI RAMADHAN
AL MUBARAK
~Wan Pidura (11 Ogos 2010 -08:34:54)

Ramadhan kareen sahabatku!
Semoga kita berusaha tingkatkan amal kita
danmendoakan diri kita istiqamah dalam melakukan
hasanaat
~Wan Haninah (11 Ogos 2010 -08:54:00)

Azan subuh merentas sempadan
Fajar mulia syahdu di hati
Selamat beribadah di bulan Ramadhan
Moga amalan kita diberkati
Selamat Berpusa
~Iza Kecik BP (11 Ogos 2010 - 06:24:50)

Selamat menjalani ibadah puasa
Moga ramadhan ini kita semua mendapat rahmat dariNYa
~K.Ita (11 Ogos 2010 - 06:23:28)

Alhamdulilah
dipanjangkan umur kita oleh Allah s.w.t
untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan
Rahmat & Barakah
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada
Tahun2 yang telah berlalu
Buat anda sekeluarga Insya Allah
Salam Ramadhan
~K.Leha OUM (10 Ogos 2010 -20:42:07)

0 ulasan: